Langkau ke kandungan utama

Catatan

Gambar Hari Rabu #85 - Pulut Kepal sambal ikan

Ini sarapan pagi pokcik untuk hari ini..  memadai rasanya untuk mengalas perut sehingga ke tengah hari nanti

Mencari Lemba

Lemba.. Orang kampong pokcik panggil pokok ni 'nyor lemboh'..  kat rumah pokcik ni nak mencari lemba ni tak perlu pergi jauh. Dibawah naungan pokok durian ditepi alor belakang rumah pokcik, banyak pokok ni. Jadi tak susahlah bagi pokcik mencari lemba ini. Emak pokcik bagi tahu, pokok lemba ni amat baik untuk menurunkan gula dalam badan dan juga menurunkan tekanan darah tinggi.. katanya tok nenek kami dah amalkan semenjak dulu lagi.. Lemba juga baik untuk usus dan dapat meningkatkan tenaga bagi kaum lelaki Pokcik tak perlu ambil banyak-banyak pokok ni, cukup satu pokok sehari memandangkan ianya tumbuh subur dibelakang rumah. Satu pokok sehari. Selepas cabut pokok ni dibersihkan dan selepas itu dimasukkan kedalam periuk yang berisi air.. Didalam gambar dibawah.. pokcik panaskan air sehingga ianya tinggal segelas air lebih kurang.. sesuai diminum semasa airnya suam..

Perkhemahan Unit kokurikulum

 Awal-awal pagi lagi pokcik bergegas ke tempat pekhemahan anak-anak sekolah.. ada tugas yang pokcik kena buat berdasarkan senarai tugas yang diberikan.. Jam lapan diadakan pertandingan membina istana pasir.. Pokcik nak kongsi beberapa keping gambar aktiviti dia orang.. betapa seronok mereka dengan aktiviti sebegini pertandingan bermula jam 8.00 pagi dan tamat jam 10.00 pagi.. selepas minum rehat lebih kurang jam sebelas pula mereka menyertai pertandingan ikhtiar hidup... pertandingan ini tidaklah sampai kena masuk hutan.. setiap kumpulan hanya diminta untuk menghidupkan api dan memasak.. mereka harus memasak gandum ..pokcik tanya tadi apa yang dia orang masak.. roti belit jawab mereka... iaitu gandum yang dibelit pada buluh dan dipanggang diatas bara api.. Malam ni, nampak gaya makan sedap.. tengok cikgu-cikgu sedang menyiang ikan dan ayam... katanya nak buat BBQ.. sedap ni..

Gambar Hari Rabu #84 - Pulut Kepal Gaul Nyiur

Sarapan pagi pokcik pagi ni ringkas jer.. nasi pulut, kelapa parut bersama seekor ikan selayang rebus yang digoreng dan seekor ikan kering goreng.. memang feveret pokcik ni.. Cukup untuk mengalas perut hingga ke tengah hari..

Jadilah.. janji tak nak perut kosong

Inilah makanan pokcik untuk malam ni.. ringkas.. janji tak nak biarkan perut kosong.. kalau dahulu pokcik suka makan nasi selepas maghrib sekarang ni pokcik dah kurangkan tabiat itu..  Waktu mula buat memang terasa sangat..  Bila sampai jam sebelas ke dua belas malam perut mula berbunyi, rasa lapar yang amat dan pedih perut.. Sekarang ini perut pokcik dah boleh membiasakan dengan tidak makan nasi atau makanan berat.. tapi malam ini, pokcik dihidangkan dengan menu ini..setongkol ayam goreng ala-ala kepci, sedikit kentang goreng, secarik daun salad dan sedikit sos cili..  Anak perempuan pokcik yang buat.. oklah janji alas perut  

Wow... Dah 78.1k view

Wow.. tak sangka pokcik... maklumlah kita ni bukan vlogger bukan youtuber.. Tak ada niat nak cari duit dengan konten kat youtube.. Itu pun masukkan video kat youtube pun suka-suka jer.. Bila tengok satu video kat youtube yang pokcik upload pada 4 Julai 2020 dah cecah 78.1K itu dah rasa gembira sangat Pokcik ni tak pandai apa pun pasal teknikal youtube.. buat  pun kerana suka-suka.. kebanyakan video pokcik berkaitan dengan hobi berkebun pokcik.. kalau nak tengok aktiviti berkebun pokcik bolehlah tengok kat youtube  @pokciblogger7044     .. Bolehlah subscribe channel pokcik kalau berkenan..

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

Sekadar berkongsi beberapa keping gambar sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah tempat pokcik kerja sebagai tukang sapu... Simpan sini sebagai ingatan suatu hari nanti..