Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hasil dari hobi #31 - Jual sawi

Ramai rakan-rakan pokcik minta beli sawi pokcik ni bila dia orang dapat tahu sawi ni dah cukup matang. Maklum ajelah sawi pokcik ni tiada penggunaan racun serangga atau baja kimia. Segar dari ladang kata mereka. Cadangnya hari khamis ini pokcik nak cabut dan jual. Yang gambar atas tu pokcik cabut untuk kegunaan sendiri dan bagi kat emak sedikit. Kalau cabut dan jual awal awal ni rasa macam tak berapa nak untung sebab walaupun daunnya telah besar dan lebar tapi batangnya masih kecil lagi. Rasanya taklah hendak tunggu lama sebab sekarang ni hujan pun dah makin kerap turun dan agak lebat takut nanti akan merosakkan pokok sawi.  Ada yang tanya pokcik kacang apa yang pokcik tanam (gambar sebelah sawi). Sebenarnya pokcik ingatkan pokcik tanam kacang panjang rupanya kacang ni, orang kampung pokcik sebut 'kacang catok'. Taklah pula pokcik tau tempat lain orang panggil apa. KAcang ni bijinya yang kering tu orang campur dengan ketupat manis. Istimewanya lagi pokok kacang ...

SEGMEN JOM BERKENALAN

Assalamualaikum rakan blogger. Selamat berkenalan.  Jom join segmen ni, Segmen Jom Berkenalan. Tarikh tamat segmen 31 Disember 2016. klik banner untuk join. 

Pokok Sireh cina goreng

Sireh cina goreng. Bila pokcik upload dua gambar ni dengan tajuk tu. Ramai yang tanya pokcik. Boleh makan ke pokok ni? sedap ke? Bagaimana cara masaknya? Sebenarnya dah lama pokcik idam nak makan pokok ni. Dah acap kali bersungut kat isteri. Hari ni dia cuti, ada ruang dia masak jadi dia minta pokcik pungut pokok ni yang sememangnya ditanam didalam pasu, demi menjamin kebersihannya. Kalau melata atas tanah rasa macam tak bersih je patutlah tadi beria sangat ajak pergi pasar nak beli ikan masin. Dibelinya ikan gelama masin. Masa dia masak taklah pula pokcik tengok. Tapi bila rasa masakan lebih kurang rasa macam kailan goreng ikan masin. Cuma pokok ni rasa lebih lembut lagi. Orang tua jiran sebelah rumah pokcik sentiasa amalkan ulaman ini. Katanya baik untuk saraf dan gout.

Hasil dari hobi #30 - Menikmati hasil

Inilah dunia pokcik. Ruang lingkup pokcik yang terhad. Pergi kerja, balik kerja dan melegakan regangan dan tekanan dengan mengeluarkan peluh pada tanah yang sekangkang kera ini.   Tapi kata orang berbudi pada tanah ada hasilnya. Dan kini pokcik sedang menikmati hasilnya. Jagung dah boleh dikutip, anak-anak dah merasa manisnya jagung rebus tanaman sendiri. Kini menghitung hari pula untuk merasa manisnya sawi yang ditanam sendiri. Sawi yang tidak ditanam menggunakan baja kimia jauh sekali penggunaan racun serangga. Bajanya adalah tanah bakar.  Titik peluh terasa seakan berbaloi bila melihat segarnya dedaunan. Menunggu hari, menunggu detik untuk dituai.

Ubi Jari Buaya - # Serangan ulat daun

Serangan ulat pemakan daun. Ulat ini seperti ulat bulu tetapi lebih kecil dan membiak disebalik daun-daun ubi jari buaya. Serangannya terlalu cepat walaupun kecil. Minggu lepas pokcik dah sembur dengan racun serangga buatan sendiri. Ingatkan dah pupus rupanya masih ada lagi sisa-sisa telur yang tidak dapat dilihat dibawah daun-daun. Memakan daun, menyebabkan daun menjadi seperti kering dan hangus. Pokcik pun tak tau nama saintifik ulat ni. Pokok-pokok tumbuhan sekitar termasuklah sayuran yang pokcik tanam tak diusiknya.  Mungkin bagi ulat ni, daun ubi jari buaya cukup berkhasiat baginya. Racun apa ye yang sesuai?. Kalau boleh pokcik tak nak guna racun kimia. 

Kegembiraan berakhir tragedi

Kegembiraan sebuah keluarga untuk mencari etak dan siput berakhir tragedi bila sampan yang dinaiki mereka terbalik. Kejadian yang berlaku jam 9.00 pagi di Sungai Besut berhampiran Kampung Chegar Batang Hulu Besut Bot yang dinaiki oleh tujuh sekeluarga terbalik ditengah sungai. Kejadian itu disaksikan oleh dua orang nelayan darat yang kebetulan berada tidak berapa jauh dari tempat kejadian.   Lima dari mereka sempat diselamatkan dan dua dari mereka tenggelam dihanyut arus.  Sewaktu pokcik sampai tadi seorang mangsa yang berusia 9 tahun ditemui. Sehingga kini usaha mencari seorang lagi mangsa yang berusia 16 tahun giat dijalankan.

Ubi Jari Buaya - Permintaan rakan-rakan

Anak pokok Jari Buaya yang pokcik semai dah bertunas dan ada yang telah panjang sulur batangnya.  Bila pokcik bagi tahu kat rakan-rakan tentang semaian pokok ni, ramai kawan-kawan pokcik minta nak beli. Kali ni semaian ni tak jadilah pokcik nak alihkan ke tempat tanaman. Tak nak hampakan rakan-rakan jadi pokcik jual saja pada mereka. Mereka pun tahu bukan senang nak dapatkan pokok ubi ni. In Sha Allah lain kali pokcik buat benih dari keratan batang dengan lebih banyak lagi.. harap-harap boleh jadi pembekal utama pokok ni.. (ada angan angan tu)