Langkau ke kandungan utama

Sambal Jantan Kembali Menggoda Selera Pokcik

Sudah lima hari rasanya hidup Pokcik ni macam hilang seri. Nak kata tak makan, makan… tapi sekadar alas perut saja. Nasi air jadi peneman setia, pagi petang siang malam. Semuanya gara-gara sakit leher yang membawa kepada kesukaran untuk menelan makanan keras. Telan nasi, kalau kunyah tak betul betul hancur tak dapat nak ditelannya.

Tapi hari ini rasa lain macam sikit. Balik kerja petang tadi, entah kenapa rasa selera tu datang semula. Tekak pun dah boleh menelan nasi dah rasa lubang tekak kembali normal. 

Macam ada suara halus berbisik, “Pokcik… cukup dah tu makan nasi air… kita buat sambal jantan!” Haa… itu dia! Terus terbayang pedas menyengat, masam menyengat, bau belacan yang menggoda. Terus hilang separuh sakit leher tu.

Kebetulan pula, Mokcik kamu semalam ada beli lada Siam di pasar. Lada kecil-kecil tu lah yang pedih dia bukan main. Pokcik tengok saja pun dah tahu, ini memang kena buat sambal jantan versi kampung. Tak tunggu lama, Pokcik ambil lesung batu kecil kesayangan tu… yang dah bertahun jadi teman setia di dapur.

Mula-mula, Pokcik masukkan lada Siam tu sekali dengan tangkainya. Haa… jangan buang tangkai! Di situlah ada rasa dan bau dia yang tersendiri. Lepas tu, Pokcik tumbuk perlahan-lahan. Bunyi “duk… duk… duk…” tu pun dah cukup buat hati rasa tenang. Tak perlu lumat sangat, biar kasar sikit, baru ada ‘feel’ sambal kampung.

Kemudian, Pokcik masukkan gula, garam, dan sedikit perasa. Tak payah banyak, cukup sekadar naikkan rasa. Yang penting sekali… belacan. Haa… ini rahsia dia. Pokcik letak secukupnya, lepas tu sambung tumbuk sampai semuanya sebati. Masa ni bau dia dah mula naik… memang menusuk hidung, tapi sedap!

Lepas siap tumbuk, Pokcik ambil sebiji limau nipis. Perah airnya terus ke dalam sambal. Fuhh… masa tu bau dia terus berubah, jadi segar dan menyelerakan. Tapi Pokcik tak berhenti setakat tu. Kulit limau tu, Pokcik hiris nipis-nipis, campur sedikit dalam sambal. Ini yang bagi rasa ‘extra’ tu… ada pahit-pahit sikit, ada wangi dia yang buat sambal tu jadi lain macam.

Bila siap, Pokcik tengok sambal dalam lesung tu… merah hijau bercampur, berkilat sikit dengan air limau. Lagipun hari ini mokcik kamu ada gulai telur itik dua biji.. dua biji dah cukup kerana hanya kami berdua yang ada kat rumah sekarang. Ada ikan aya rebus dan petai rebus.. makan petang ini cukup menyelerakan buat pokcik.


Ulasan

Etuza berkata…
Tambah selera..sambal lada ni kegemaran semua wak..
usryabdullah berkata…
sedap sambal jantan ni. makan dengan nasi berlauk.
Puan Hazel berkata…
Rasa macam nak tumpang makan sekali la Pokcik 😁
thisni3za berkata…
Wahhh..mmg syiok mkn utk penggemar sambal belacan =D
Suria Amanda berkata…
okey nanati boleh buat versi Pokcik...semoga cepat sembuh ye...

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...