Langkau ke kandungan utama

Ciap-ciap dari Johor ke Jerteh

Semalam mokcik  bagi tahu pokcik, katanya anak sulung pokcik ada beli anak ayam kampung daripada seorang peternak di Johor. Jam 5 pagi nanti akan sampai dengan perkhidmatan bas ekspres.

Asalnya dimaklumkan bas akan sampai di Jerteh sekitar pukul 5 pagi. Tapi tengah malam tadi, lebih kurang pukul 12, masuk mesej daripada pemandu bas beritahu jadual berubah — bas dijangka sampai lebih awal, sekitar pukul 4 pagi. Nampaknya kena standby lagi awal.

Jumlah anak ayam yang dalam 50 ekor semuanya, dengan harga RM5 seekor. Boleh tahan juga pelaburan tu. Tapi sebenarnya ini bukan projek baru sepenuhnya. Ini cuma tambahan kepada projek ternakan mokcik yang dah sedia berjalan sebelum ni.

3.45 pagi pokcik terus ke bandar Jerteh, menunggu bas di depan Maybank tempat yang biasa bas berhenti tinggalkan penumpang. Tunggu punya tunggu jam 5.00 lebih juga bas sampai. Alhamdulillah anak ayam selamat sampai ketangan dengan semuanya berada dalam sihat.

Sejak kebelakangan ini, terutama masa bulan puasa lepas, permintaan ayam kampung memang naik mendadak. Ramai peminat ayam kampung cari bekalan, sampai kadang-kadang tak cukup nak tampung. Jadi sebab itulah anak sulung pokcik ambil peluang tambah stok — harapnya kali ni boleh penuhi permintaan yang makin meningkat.

Ulasan

Suria Amanda berkata…
SA memang lebih suka makan ayam kampung dari ayam daging biasa tu

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...