Langkau ke kandungan utama

Cerita Leher: Antara Sakit dan Kelegaan”

Kelmarin, Pokcik melangkah masuk ke hospital dengan satu harapan…harap leher ni boleh “baik sikit”…tapi yang Pokcik dapat… pengalaman 😅

Masuk je bilik fisioterapi, pegawai tu senyum.
“Encik, kita buat rawatan sikit ya… mungkin rasa tak selesa sikit.”

Pokcik dalam hati:
“Tak selesa sikit tu biasanya maksud dia… sakit banyak…”
😂


Gambar janaan AI 

Mula-mula ok lagi… dia tekan-tekan sikit bahu. Pokcik pun rilek je.
“Tahan ya encik…”

Sekali dia pusing sikit leher Pokcik… Ya Allah… masa tu terasa macam seluruh urat dari leher sampai belakang tu macam ditarik! Pokcik terus pejam mata.
“Ha… yang ni memang sakit sikit…”
Pokcik jawab perlahan: “En… ni bukan sikit dah ni……”

🤣
Ada satu masa tu, Pokcik rasa nak jerit…tapi tahan je, sebab dalam bilik tu ada pesakit lain.
Dalam hati je Pokcik berkata:
“Kalau aku jerit, nanti apa kata orang lain, cuma mampu beradeh, adeh saja…”
Tapi lepas beberapa minit… badan mula rasa ringan sikit.

Pegawai fisioterapi tu pun cakap:
“Kalau sakit tu maknanya otot tu memang tegang. Kita longgarkan sikit demi sikit.”
Haa… masa tu baru Pokcik faham…kadang-kadang dalam hidup ni, benda yang kita tahan…
yang kita biar lama…akhirnya akan sakit juga bila disentuh. Sebelum balik, dia pesan:
“Jangan banyak tunduk… jangan main phone lama-lama…”
Pokcik angguk. Keluar je dari bilik tu…Pokcik terus ambil phone.
😌

Manusia memang macam tu…tahu… tapi buat juga.Sekarang ni, leher masih lagi sakit sikit-sikit… 
Balik rumah, Pokcik duduk tepi tingkap, tengok luar… angin petang lalu perlahan.

Ulasan

Suria Amanda berkata…
Dah kena berehat seketika tu Pokcik...

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...