Langkau ke kandungan utama

Kucing Rasa Pedas Ke? Cerita Sikit Pasal Lidah Si Meow Kita

Pagi tadi, sambil Pokcik duduk di beranda, secawan milo panas atas meja, si Oyen pula datang gesel kaki. Biasalah… tanda lapar lah tu. Tapi sambil Pokcik makan nasi berlauk sambal semalam, terlintas satu soalan dalam kepala ni — kucing ni sebenarnya rasa tak apa yang kita rasa? Pedas ke, masam ke, manis ke…?

Haa… bila Pokcik selidik sikit, rupa-rupanya dunia rasa si kucing ni lain macam sikit.

Pertama sekali, kucing boleh rasa masin dan pahit. Yang masin tu biasalah, badan dia perlukan mineral. Tapi yang pahit tu penting… sebab dalam dunia haiwan, rasa pahit selalunya tanda bahaya. Sebab tu kalau bagi ubat, dia pandai tolak. Bijak juga si bulu ni, bukan sekadar tidur makan tidur.

Yang masam pula, kucing boleh rasa… tapi dia tak berapa minat. Pokcik pernah tengok orang letak hirisan lemon dekat kucing — bukan main dia lari. Bau pun dah cukup buat dia angkat kaki. Mungkin bagi dia, masam tu macam tanda makanan dah rosak.

Sekarang part paling menarik…

Kucing sebenarnya TAK BOLEH rasa manis.

Haa… ni ramai orang tak tahu. Kita ni makan kek, kuih, air sirap… sedap bukan main. Tapi bagi kucing? Kosong. Tak ada rasa apa pun. Lidah dia memang tak ada “sensor” untuk manis. Sebab tu dia tak kisah pun kalau nampak gula bertabur, tapi kalau nampak ikan… haaa terus mata bersinar.

Memang jelaslah, kucing ni dari asalnya pemakan daging. Dunia dia bukan dunia pencuci mulut.

Akhir sekali, pasal pedas. Ini pun ramai silap faham. Pedas tu sebenarnya bukan rasa macam masin atau manis… tapi lebih kepada rasa sakit. Bila makan cili, lidah kita terasa panas, pedih. Kucing pun sama — malah mungkin lagi teruk.

Jadi kalau ada yang terfikir nak bagi kucing rasa sambal belacan atau lada siam… eloklah simpan saja untuk tekak sendiri. Kesian dia nanti, bukan sedap tapi seksa.

Kesimpulannya, lidah kucing ni simple je: dia kenal masin, pahit, masam… tapi tak kenal manis, dan pedas pula dia anggap macam azab kecil.

Pokcik tengok si Oyen pun masih duduk sebelah ni, tunggu lauk ikan je. Sambal Pokcik dia buat tak nampak langsung. Pandai juga dia pilih hidup.

Kadang-kadang kita ni manusia pun boleh belajar dari kucing — tak semua benda kita nampak sedap tu sesuai untuk kita… apatah lagi untuk dia.

Baiklah, milo pun dah sejuk. Oyen pun dah mula mengiau kuat. Nampaknya… waktu bagi makan dah sampai.

Ulasan

Warisan Petani berkata…
Patutlah ramai kucing tak kena diabetes
Time Traveller berkata…
Ok faham... Kucing takde rasa manis.. tapi suka pulak oyen jilat gula gula bila diberi..
Puan Hazel berkata…
Tq info Pokcik. Patutlah kalau ikan dah kena kuah sambal kucing Sy tak nak
AzianKhalil berkata…
ohhh.. patutla dia tak kisah pun pada air dalam jug.

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...