Langkau ke kandungan utama

Sambungan cerita “Kerdas Emak

Petang semalam bila hampir waktu berbuka, pokcik duduk sekejap di dapur sambil tengok buah kerdas yang dikait dari kebun. Emak kata, “buat ulam makan dengan budu sedap ni.” Pokcik pun senyum saja, sebab pokcik memang tahu… kerdas ni kalau kena dengan budu, memang jadi pembuka selera.

Pokcik kupas kulitnya perlahan-lahan. Ada bau yang kuat sikit. Tapi bagi orang kampung, bau itulah yang buat rasa dia istimewa. Di dapur pula sudah siap ikan selayang bakar tawar. 

Bila azan Maghrib berkumandang, hidangan berbuka pokcik malam tu ringkas saja. Nasi putih panas, budu, ikan selayang bakar tawar, dan ulam buah kerdas.

MasyaAllah… bila makan sekali dengan budu, rasa dia memang lain. Ada rasa lemak lemak, buah yang masih segar. Digigit pula dengan isi ikan bakar yang panas, memang jadi tambah nasi.

Emak pun makan sekali sambil kata, “lama dah tak rasa kerdas macam ni.”

Pokcik cuma senyum. Kadang-kadang rezeki berbuka bukanlah makanan mahal. Cukup sekadar hasil kebun sendiri, dimakan bersama keluarga… itulah yang paling sedap dan paling mengenyangkan hati.

Ulasan

Suria Amanda berkata…
Buah kerdas kegemaran arwah mak SA....PZ x berapa makan sangat, SA lagi la x makan sebab baunya tu...arwah Paksu pun suka...betul..hidangan x perlu mewah...cukup rezeki sedia ada..
Ujie Othman berkata…
Cerita yang sedap dibaca 👍

Saya hanya kenal buah kerdas menerusi pembacaan novel. Latar kisah di Kedah.
Ciktie berkata…
Alhamdulillah, simple je lauk berbuka tu. Tapi yang simple camtu lah biasanya menambah selera.

Kita tak pernah makan kerdas tu. Bukan tak cuba cuma tak lut nak gigit 🤭
Warisan Petani berkata…
Tak pernah lagi makan buah kerdas
Puan Hazel berkata…
Arwah mak dan Pak sy suka buah kerdas. Depa ada tanam bbrp batang pokok kerdas dekat rumah kampung dulu.
Semoga bonda Pokcik sihat² selalu 🤲🏻
Etuza berkata…
Wah nampak buah kerdas..begitu bentuknya..luar biasa wak terima kasih ya
Ammi berkata…
Sedikit terusik dengan entry pokcik ni sbb bangkit pulak rasa rindu pada arwah ayah yang dah pergi hampir 27 tahun.

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...