Langkau ke kandungan utama

Makan Tengah Hari Yang Menyerikan Hati

Hari ni, Pokcik dah dapat hadir ke sekolah seperti biasa.. bukan kata demam itu kebah sepenuhnya ada sikit-sikit rasa lemau badan. Segala bauan pun masih tidak selesa dihidu, semuanya seperti bau yang busuk.. selsema ini pula bukan mudah untuk pulih sepenuhnya mungkin ambil sedikit masa.

Tengah duduk depan komputer di pejabat sekolah, tiba-tiba datang bau yang kurang menyenangkan. Bau ayam goreng harum semerbak walaupun baunya menarik sebelum ini tapi hari ini baunya amat kurang selesa sikit.. tau sendirikan bila kena selsema. Pokcik pun tak sempat nak tanya apa-apa, sahabat pokcik hulur kotak merah Marrybrown ni. “Nah pokcik, rezeki tengah hari,” katanya sambil senyum.

Pokcik buka saja penutup kotak, terus nampak ayam goreng rangup duduk elok atas kertas putih. Minyak pun masih panas-panas, meninggalkan kesan pada penutup kotak—petanda baru keluar dari dapur, bukan yang dah sejuk lemau. Tangan pun tak tunggu lama… terus capai seketul. Bunyi krup krap tu saja dah boleh buat hilang penat kerja separuh hari. Betullah baunya kurang enak tapi rasanya sedap...

Terima kasih sahabat—kenyang perut, senang hati pokcik hari ni. 🌤️🍗💛

Ulasan

Kakmim berkata…
alhamdulillah org baik yg berkongsi rezeki... semoga pokcik cepat sembuh ye
Suria Amanda berkata…
syukur rezeki...semoga murah rezeki siapa yang belanja tu...
AzianKhalil berkata…
boleh bayang baunya tu... bergegar selera walaupun selsema
Warisan Petani berkata…
Alhamdulillah kongsi rejeki.
Semoga cepat sembuhnya.
Etuza berkata…
Nikmati lah makanan yang ada..syukuri alhamdulillah

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...