Langkau ke kandungan utama

Undangan makan-makan dari Guru KAFA

Petang ini, entah kenapa rasa syukur tu datang bertimpa-timpa. Pokcik dijemput oleh guru-guru KAFA sekolah untuk jamuan kecil-kecilan—tapi hidangannya bukan kecil ya, penuh satu meja macam kenduri kahwin.

Atas meja bulat tu, beratur lauk pauk yang buat perut terus menyanyi—singgang tulang, ulam-ulaman segar lawan dia budu bersama lada, ikan goreng rangup, sayur campur warna-warni… siap ada kuih-muih. Makanan gaya orang kampung musim tengkujuh yang kebetulan hujan monsun yang sedang melanda daerah pokcik

Guru-guru KAFA ni bukan saja baik hati, malah mesra. Duduk bersembang sambil makan, gurau senda pun selamba saja. Mereka ini meraikan sesama sendiri dan menjemput kami pihak pengurusan sekolah hadir sama.. yang mana esok merupakan hari terakhir peperiksaan kelas KAFA

Lepas makan, pokcik pula diberi saguhati. Masya-Allah… terharu betul. Bukan nilai pada pemberiannya—tapi rasa dihargai itu yang mahal. Sambil mereka hulur, pokcik rasa macam duduk dalam keluarga besar yang penuh hormat dan kasih.

Dalam hati pokcik terdetik:
Kadang-kadang rezeki kita bukan datang dalam bentuk wang ringgit… tapi dalam bentuk kebaikan manusia di sekeliling.

Terima kasih guru-guru KAFA. Moga Allah lapangkan rezeki kalian, permudahkan urusan dan gandakan pahala mengajar anak-anak ilmu agama. Petang ini sederhana saja… tapi kenangannya duduk elok dalam hati pokcik.

Ulasan

Suria Amanda berkata…
Alhamdulillah...rezeki pokcik...terliur SA tengok singgang Tulang tu...dapnya makan ngan budu plak...
Ana Jingga berkata…
Alhamdulillah, rezeki datang dalam pelbagai bentuk kan pokcik.. sedapnya singgang budu :)
Warisan Petani berkata…
Alhamdulillah
Selamat menjamu selera
nona sani berkata…
Alhamdulillah...rezeki namanya ..