Langkau ke kandungan utama

Main Selut Cari Ikan

Petang tadi Pokcik ke baruh padi. Niat asalnya cuma nak tengok orang mesin padi saja nak ambil angin, tengok hasil musim ni. Bunyi mesin mengetam tu bergaung satu bendang, bau jerami baru lepas potong pun semerbak, rasa tenang betul hati.

Tengah duk berdiri tengok orang kerja, Pokcik perasan satu petak sawah masih bertakung air. Nampak ada ikan timbul-timbul, macam pening sebab baru kena lalu mesin padi. Masa tu, tanpa fikir panjang, Pokcik terus turun ke dalam sawah — selutnya dalam sampai betis! Licin, sejuk, tapi seronok tak terkata.

Sambil tangan meraba, dapat jugalah beberapa ekor ikan haruan dan puyu. Budak budak kat tepi batas gelak tengok Pokcik main selut macam budak-budak. Tapi tak kisah lah, bukan selalu dapat peluang macam ni. Rasa lumpur, bau tanah basah, semua tu buat Pokcik teringat zaman kecil dulu — masa turun tangkap ikan sama-sama kawan kampung lepas musim menuai.

Lepas dah puas bermain lumpur  mencari ikan, Pokcik naik tepi batas. Tengok guni yang berisi ikan, banyak juga ni. Terlintas hati nak rakam gambar ikan tapi tangan kotor dengan selut. Gambar atas tu pun minta budak budak ni tolong ambil guna smartphone mereka. 

Pokcik cakap dengan budak-budak tu, “Ha, ini lah terapi paling murah dalam dunia… main selut, tangkap ikan.”

Ikan haruan ni pokcik nak buat kering.. dapatlah tadi dalam sepuluh ekor, ikan puyu lima.. ikan haruan kering ni sedap dimakan bersama pulut dan kelapa parut..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..