Langkau ke kandungan utama

Main Selut Cari Ikan

Petang tadi Pokcik ke baruh padi. Niat asalnya cuma nak tengok orang mesin padi saja nak ambil angin, tengok hasil musim ni. Bunyi mesin mengetam tu bergaung satu bendang, bau jerami baru lepas potong pun semerbak, rasa tenang betul hati.

Tengah duk berdiri tengok orang kerja, Pokcik perasan satu petak sawah masih bertakung air. Nampak ada ikan timbul-timbul, macam pening sebab baru kena lalu mesin padi. Masa tu, tanpa fikir panjang, Pokcik terus turun ke dalam sawah — selutnya dalam sampai betis! Licin, sejuk, tapi seronok tak terkata.

Sambil tangan meraba, dapat jugalah beberapa ekor ikan haruan dan puyu. Budak budak kat tepi batas gelak tengok Pokcik main selut macam budak-budak. Tapi tak kisah lah, bukan selalu dapat peluang macam ni. Rasa lumpur, bau tanah basah, semua tu buat Pokcik teringat zaman kecil dulu — masa turun tangkap ikan sama-sama kawan kampung lepas musim menuai.

Lepas dah puas bermain lumpur  mencari ikan, Pokcik naik tepi batas. Tengok guni yang berisi ikan, banyak juga ni. Terlintas hati nak rakam gambar ikan tapi tangan kotor dengan selut. Gambar atas tu pun minta budak budak ni tolong ambil guna smartphone mereka. 

Pokcik cakap dengan budak-budak tu, “Ha, ini lah terapi paling murah dalam dunia… main selut, tangkap ikan.”

Ikan haruan ni pokcik nak buat kering.. dapatlah tadi dalam sepuluh ekor, ikan puyu lima.. ikan haruan kering ni sedap dimakan bersama pulut dan kelapa parut..

Ulasan

Etuza berkata…
Seronok saya tengok gambar, teringat zaman kanak-kanak pernah bermain lumpur tankap ikan di sawah padi berlumpur, seusai ketam padi cari ikan..banyak ikan di sawah masa tu..Wak sya terimbau bersama arwah mak ayah ni ..nampak pic menarik..
Ana Jingga berkata…
Puyu kalau buat pekasam pun sedap pokcik hehe :)
Puan Hazel berkata…
Aduh seronoknya Pokcik. Teringat nostalgia di waktu kecil dulu, cari ikan dalam petak sawah.
Suria Amanda berkata…
SA tau keseronokkan dia macam mana sebab masa kecik2 dulu mak abah SA bersawah padi kat kampung...SA rasa keseronokkannya...
thisni3za berkata…
Seronok ni wak..Asal tak ada lintah sy join =D
namakucella berkata…
Wah....nostalgianya pakcik....
Kalau ada peluang, saya juga teringin nak berkubang macam zaman kanak-kanak
mama tisya berkata…
risau ada lintah je..seram
Yusuf Baradar berkata…
Seronoknya main lumpur. Dapat pula ikan haruan dan puyu. Indah sungguh suasana kampung bersawah padi
Sha Mohamed berkata…
Betul-betul mengimbas kenangan ini.. Lama tak makan haruan dan sepat..

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...