Langkau ke kandungan utama

Generasi Pokcik: Hidup Zaman Kaset & Data Internet Perlahan

Kadang-kadang bila tengok gelagat budak-budak sekarang, Pokcik senyum sorang. Kita ni generasi 1960-an hujung, orang panggil Generasi X. Generasi yang lahir masa dunia belum moden sangat… tapi tak juga terlalu mundur. Pendek kata, generasi “tengah-tengah” yang pandai hidup dua alam.

Zaman Pokcik membesar dulu, hiburan paling canggih pun radio kaset, siap kena gulung pita guna pensel bila kusut. TV pula hitam putih, satu rumah satu antena, kalau siaran bersemut, budak kecik kena panjat kerusi sambil pegang antena — baru gambar jadi jelas. Telefon awam coin 20 sen pun dah kira macam harta.

Tapi jangan silap, generasi Pokcik ni lah generasi yang mula belajar guna komputer awal-awal. Pernah rasa zaman internet bunyi krak krik krak krik sebelum sambung. Pernah guna handphone yang antena tarik, tapi akhirnya pandai juga main Facebook dan buat reel. Style jugak la tu.

Generasi X ni sebenarnya unik:

  • Kuat berdikari, sebab kecil-kecil dulu semua buat sendiri.
  • Pandai survive, sebab hidup pernah susah, pernah senang.
  • Tak cepat gelabah, sebab dah tengok macam-macam perubahan hidup.
  • Tahu hargai orang, sebab membesar dengan nilai kampung dan hormat orang tua.

Budak-budak Gen Z mungkin laju, Gen Y mungkin moden, Boomer mungkin tegas…
tapi generasi Pokcik ni ada satu kelebihan:
“Lentur ikut zaman.”

Dulu kaki main guli, sekarang pandai edit video kebun.
Dulu tulis surat, sekarang WhatsApp siap emoji.
Dulu naik basikal, sekarang pandu 4x4.

Itulah generasi kita — generasi yang hidup dengan kenangan, tapi masih belajar benda baru tanpa malu.

Kalau ada nak tambah boleh komen kat bawah 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..