Langkau ke kandungan utama

Petang Yang Tiba-tiba Jadi Sunyi

Petang tadi anak pokcik baru sampai rumah dari Selangor, balik untuk urusan klinik anaknya esok pagi. Cucu pokcik yang masih kecil tu memang kami jaga di kampung, sebab rasa lebih tenang bila bawah mata sendiri. Lagipun, kami tak sampai hati nak biar dia di bawah jagaan pengasuh, masih kecil sangat lagi.

Baru je sampai, dalam setengah jam macam tu, anak pokcik bawa anaknya jalan-jalan ke kebun pokcik. Seronoklah si kecil tu, mata bulat tengok daun sawi yang hijau, pokcik pun sempat ambil gambar kenangan. Tapi tak sampai lima minit kemudian, telefon anak pokcik berbunyi. Anak pokcik terdiam lepas tu dia beritahu pokcik, mertua dia baru sahaja meninggal dunia.

Suasana yang tadi penuh dengan tawa, tiba-tiba jadi sunyi. Pokcik pun terkedu. Begitulah hidup, kadang waktu gembira boleh bertukar jadi duka dalam sekelip mata. Cuma yang tinggal, kenangan sekejap tadi di kebun — senyum kecil cucu pokcik di celah daun hijau, sebelum dunia kembali sunyi.

Pokcik berjalan balik dari kebun je rumah. Sampai rumah tengok menantu pokcik terisak-isak menangis sambil ditenangkan oleh bini pokcik. Pokcik minta dia orang pergi dulu ke Machang… masa tu dah nak dekat sangat dengan Maghrib. Pokcik cakap, “Kamu dua pergilah dulu, nanti lepas Maghrib pokcik menyusul.

Lepas sembahyang Maghrib, pokcik dan bini serta cucu kami bertolak ke Machang. 


Ulasan

Etuza berkata…
Salam takziah kepada keluarga wak, semoga keluarga tabah hadapi saat kehilangan. Baby tak tahu apa berlaku..banyakkan bersabar buat anak lelaki wak..
adnil linda berkata…
Salam takziah.. semoga menantu dan anak pokcik kuat.. macam kawan Linda, anak nya mak nya jaga di Kelantan, dia bekerja di Selangor .moga dia kuat lah .
Puan Hazel berkata…
Takziah buat Pokcik sekeluarga, khususnya buat menantu Pokcik. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.
namakucella berkata…
Innalillah..,
Al-Fatihah untuk almarhum semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman...Bila berlaku kematian selalu terfikir bagaimana pengakhkran hidup kita...
Yusuf Baradar berkata…
Salam takziah ya untuk Pokcik sekeluarga. Semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beramal soleh
Sha Mohamed berkata…
Salam takziah buat pokcik dan keluarga..
Semoga roh almarhum ditempatkan bersama mereka yang beriman.. Aamiin..

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...