Petang tadi anak pokcik baru sampai rumah dari Selangor, balik untuk urusan klinik anaknya esok pagi. Cucu pokcik yang masih kecil tu memang kami jaga di kampung, sebab rasa lebih tenang bila bawah mata sendiri. Lagipun, kami tak sampai hati nak biar dia di bawah jagaan pengasuh, masih kecil sangat lagi.
Baru je sampai, dalam setengah jam macam tu, anak pokcik bawa anaknya jalan-jalan ke kebun pokcik. Seronoklah si kecil tu, mata bulat tengok daun sawi yang hijau, pokcik pun sempat ambil gambar kenangan. Tapi tak sampai lima minit kemudian, telefon anak pokcik berbunyi. Anak pokcik terdiam lepas tu dia beritahu pokcik, mertua dia baru sahaja meninggal dunia.
Suasana yang tadi penuh dengan tawa, tiba-tiba jadi sunyi. Pokcik pun terkedu. Begitulah hidup, kadang waktu gembira boleh bertukar jadi duka dalam sekelip mata. Cuma yang tinggal, kenangan sekejap tadi di kebun — senyum kecil cucu pokcik di celah daun hijau, sebelum dunia kembali sunyi.
Pokcik berjalan balik dari kebun je rumah. Sampai rumah tengok menantu pokcik terisak-isak menangis sambil ditenangkan oleh bini pokcik. Pokcik minta dia orang pergi dulu ke Machang… masa tu dah nak dekat sangat dengan Maghrib. Pokcik cakap, “Kamu dua pergilah dulu, nanti lepas Maghrib pokcik menyusul.”
Lepas sembahyang Maghrib, pokcik dan bini serta cucu kami bertolak ke Machang.

Ulasan