Langkau ke kandungan utama

1000 Anak Getah dan Lori Sangkut

Petang tadi, lepas Asar. Aktiviti utama: memunggah anak getah sebanyak seribu pokok. Ya, seribu... Masa lori sampai bawa anak getah, tiba-tiba... sangkut dalam selut. Tanah kebun ni memang jenis liat bila hujan. Pokcik pun terpaksa cari backhoe untuk tarik keluar lori yang dah tenggelam separuh tayar. Mujur ada orang kampung yang boleh tolong cepat.

Lepas semua selesai, anak getah pun mula ditanam. Petang ini siap satu baris, lebih kurang 25 pokok anak getah siap ditanam. Pokcik tengok pokok-pokok kecil tu berdiri tegak. Harapnya membesar elok, jadi sumber rezeki masa depan.

Tanah pusaka  ni luasnya 5 ekar. Dibahagi lima beradik, dapat seekar seorang. Buat masa ini pokcik dan adik pokcik yang usahakan menanam getah. Adik beradik yang lain perempuan, Kakak yang sulong tak dapat bantu tenaga.. dia bantu dengan beri sikit sumber kewangan bersama dengan kakak nombor dua yang tinggal di Johor Bahru. Pokcik anak yang ketiga.. Adik pokcik (nombor 4 kurang sihat) jadi pokcik bersama adik bongsu sahaja yang usahakan.

Gambar atas tu yang pegang anak pokok tu adik pokcik yang berdiri tu anak sedara.

Banyak lagi ruang kosong menanti anak-anak getah yang lain. Aktiviti menanam akan bersambung hujung minggu nanti—Jumaat dan Sabtu. Harap cuaca baik, tanah tak terlalu lembap.

Pokcik rasa puas. Letih tu memang ada, tapi bila tengok hasil kerja petang ni, rasa macam dapat hadiah. Anak getah pertama dah mula bertapak. Semoga tapak ni jadi tapak rezeki yang berpanjangan

Ulasan

Etuza berkata…
Alhamdulillah, semoga urusan menanam anak pokok getah lancar wak..saya suka toreh getah..permainan masa remaja dahulu..ayah mak ajar monoreh tak lupa hinnga kini..
AzianKhalil berkata…
Saya pernah tolong suami tanam getah tahun 2008, tahun dah tebang dah pokoknya. benih takde kualiti. getah tak banyak. letih membaja
Puan Hazel berkata…
Banyak tu 1000 pokok Pokcik. Semoga dipermudahkan urusan dan beroleh hasil lumayan In Sha Allah.

Di kampung sy, kebun getah byk diganti dgn kelapa sawit.
Suria Amanda berkata…
Harapnya 1000 anak pokok getah ni akan memberikan hasil berlipat kali ganda

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..