Petang tadi, lepas Asar. Aktiviti utama: memunggah anak getah sebanyak seribu pokok. Ya, seribu... Masa lori sampai bawa anak getah, tiba-tiba... sangkut dalam selut. Tanah kebun ni memang jenis liat bila hujan. Pokcik pun terpaksa cari backhoe untuk tarik keluar lori yang dah tenggelam separuh tayar. Mujur ada orang kampung yang boleh tolong cepat.
Lepas semua selesai, anak getah pun mula ditanam. Petang ini siap satu baris, lebih kurang 25 pokok anak getah siap ditanam. Pokcik tengok pokok-pokok kecil tu berdiri tegak. Harapnya membesar elok, jadi sumber rezeki masa depan.
Tanah pusaka ni luasnya 5 ekar. Dibahagi lima beradik, dapat seekar seorang. Buat masa ini pokcik dan adik pokcik yang usahakan menanam getah. Adik beradik yang lain perempuan, Kakak yang sulong tak dapat bantu tenaga.. dia bantu dengan beri sikit sumber kewangan bersama dengan kakak nombor dua yang tinggal di Johor Bahru. Pokcik anak yang ketiga.. Adik pokcik (nombor 4 kurang sihat) jadi pokcik bersama adik bongsu sahaja yang usahakan.
Gambar atas tu yang pegang anak pokok tu adik pokcik yang berdiri tu anak sedara.
Banyak lagi ruang kosong menanti anak-anak getah yang lain. Aktiviti menanam akan bersambung hujung minggu nanti—Jumaat dan Sabtu. Harap cuaca baik, tanah tak terlalu lembap.
Pokcik rasa puas. Letih tu memang ada, tapi bila tengok hasil kerja petang ni, rasa macam dapat hadiah. Anak getah pertama dah mula bertapak. Semoga tapak ni jadi tapak rezeki yang berpanjangan


Ulasan
Di kampung sy, kebun getah byk diganti dgn kelapa sawit.