Malam ni Pokcik duduk depan laptop lama. Skrin terang... kepala kosong. Otak rasa tepu, macam sawah yang dah lama tak hujan. Nak menulis. Entah apa nak tulis pun tak tahu. Kadang jari dah sedia di papan kekunci tapi hati macam hilang rentak.
Angin malam masuk perlahan dari tingkap dapur, bawa sekali bunyi cengkerik dari belakang rumah. Pokcik hirup Milo kosong yang dah mula sejuk, sambil pandang kelip lampu jalan jauh di hujung lorong. Sunyi dan damai. Dalam diam tu, Pokcik terfikir mungkin bukan idea yang hilang, cuma kepala ni perlukan rehat sekejap.
Anehnya, bila tak ada idea pun, tangan ni tetap nak menulis. Mungkin sebab menulis ni dah jadi macam kawan baik, kalau tak bercakap dengan dia malam ni, hati rasa kosong. Tak apalah kalau tulisan ni tak panjang. Sekurang-kurangnya, malam ni Pokcik masih menulis, walau cuma beberapa baris yang sederhana.
Esok kalau Pokcik baca balik, mungkin akan tersenyum sendiri: “Inilah malam yang otak tepu, tapi hati masih mahu bercerita.” Kadang-kadang, menulis bukan tentang hebatnya idea, tapi tentang berani duduk dan menulis juga walau kepala kosong dan mata dah layu.
Ulasan