Projek sawi tepi rumah


Kalau dulu tapak diatas in aku tanam dengan kangkung… sekarang ini aku telah beralih ke tanaman sawi pula… Batas tanah merah itu merupakan batas semaian dan batas sebelah tu merupakan tempat pemindahan anak sawi.. cara pindahan aku gunakan ialah cara cedung…

Ok… biar aku cerita langkah demi langkah teknik tanaman sawi cara aku.. mula-mula aku sediakan batas untuk ditabur dengan benih sawi. Benih atau biji sawi ini aku campur atau gaul dengan sedikit tanah dan selepas itu ditabur diatas batas semaian… lebih kurang seminggu atau dua minggu atau pun anak sawi untuk telah berdaun lebih dari dua helai, maka sediakan tempat atau batas untuk dipindah anak sawi ini.

Biasanya batas semaian anak-anak sawi ini padat dan kalau boleh jarakkan sedikit anak-anak sawi ini,… buat sedikit pengalihan dibatas yang sama kalau batas pindahan telah penuh, melainkan kita mempunyai tanah atau ruang yang luas. Untuk pertumbuhan daun yang cepat adalah digalakkan menyiram dengan air baja… aku syorkan baja 15/15 berdasarkan pengalaman aku.

Musim kemarau dan panas sekarang ini menyebabkan tanah cepat kering dan anak-anak sawi yang telah aku alih mati kekeringan… batas pengalihan tu telah dua tiga kali aku alih anak, dan pokok yang mati terpaksa disulat dengan anak yang lain…. Kesukaran aku bila hari berkerja ialah tidak dapat menyiram air pada sebelah pagi.

Satu lagi teknik yang tanaman sawi tepi rumah yang kakak aku lakukan ialah menanam dalam bekas plastik minuman… yang diatur ditepi kawasan rumah… bagi mereka yang mempunyai ruangan terhad aku rasa bolehlah diusahakan… tapi satu cadangan aku perlu lebih air dan pembajaan… dan perlu pembajaan.

Musuh yang paling utama pada tanaman ialah ulat rama-rama dan belalang…. Salah satu sebab aku tanam sendiri sawi ialah untuk mengelakkan tanaman yang dibeli dipasar atau mana-mana tempat yang pengunaan racun serangga amat tinggi.. jadi cadangan aku bagi mengelakkan tanaman sawi ini dimakan ulat atau belalang.. apakata kalau kita bertukar ke teknik organic…

Disini kita tukar racun kimia kepada bahan yang ada disekeliling kita. Teknik aku ialah aku mesin atau blender bawang putih, sedikit lada/cili dan dicampur dengan serai beberapa batang selepas itu ditapis dan dicampur dengan air… masukan dalam alat semburan… selepas itu bolehlah disembur di pokok sawi…. Satu saja lagi cili atau bawang jangan terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan anak sawi kelihatan seperti hangus…

Teknik ini bukan racun tetapi tidak lebih sebagai penghalau serangga ini dari menghampiri kerana baunya yang kurang menyenangkan. Tidak digalakkan guna atau menyembur bila musim hujan kerana bau atau rasanya cepat hilang…

6 ulasan:

Wafa cw berkata...

guna plastik minuman? isi tanah dalam plastik tu? kalau ada 50 pohon 50 plastik kena ada? and selalunya berapa lama biji sawi akan bercambah jadi anak? seronok juga kalau boleh buat projek ni tepi rumah....

pokcikblogger berkata...

iya tuan wafa.. risiko dia kena keluar belanja lebih sikit,... atau tak pun kena cari yang orang telah gunakan......atau boleh guna polybag yang besar sedikit.... satu polybag anggaran lima atau enam pokok sawi.. saya cadangkan untuk semaian lebih baik digunakan pasu bunga..... biasanya selepas 3/4 hari kita akan nampak anak sawi ini mulai bercambah

Wafa cw berkata...

ohh 3 ke 4 hari jer... saya pasu tak ada kat rumah ni... sebab tak berapa tanam bunga dalam pasu... saya cadang nak beli selori kecik tanah kompos khas untuk buat tempat letak sayur... try tanam saderi tapi tak pernah hidup... atau tak jadi... antara yang nak tanam, sawi...bayam.. daun saderi... kangkung...

pokcikblogger berkata...

saderi ni rumit sikit,..saya pernah cuba tanam beberapa kali hasilnya sama juga, susah nak hidup. Bayam antara sayuran yang cukup mudah hidup dan paling senang penjagaan.. tepi pagar rumah tuan wafa tu rasa sangat sesuai untuk sayuran bayam..

Wafa cw berkata...

kat tepi rumah tu ada pokok besar...kadang-kadang redup sikit especially waktu tengahari... boleh buat tapak tanam bayam dak kat situ?

pokcikblogger berkata...

Sesuai sangatlah tu.. tapi janganlah sampai terlindung terus dari cahaya matahari