Jumaat, 11 April 2014

Gotong royong

Semalam merupakan hari yang cukup sukar.... bunyi macam teruk sangat tu. Sebenarnya hanyalah kesukaran untuk mendapat rangkaian atau capaian internet menyebabkan aku terpaksa melupakan hasrat untuk berblog,... blogwalking lagi jauh. Semua kegiatan di alam maya semuanya terhenti...

Alhamdulillah,... hari ini semuanya kembali seperti seperti sediakala... Hari ini aktiviti banyak bertumpu pada kegiatan di kampung dan sebagai setiausaha JKKK tugas aku tidak bleh lari dar dokumentasi... segala kegiatan harus diambil gambar.






Hari ini, lebih tepat lagi pada sebelah pagi tadi telah diadakan aktiviti gotong royong membersihkan persekitaran balairaya yang mulai ditumbuhi oleh pokok-pokok petai belalang. Gotong royong pada sebelah pagi tadi hanya melibatkan ahli jawatankuasa JKKK seramai lima belas orang, itu pun hanya sebahagian yang hadir,... yang lain ada alasan tersendiri yang tidak dapat dielakkan. Memandangkan gotong royong ini hanya melibatkan persekitaran yang kecil, maka cepatlah disiapkan sebelum pukul 11.30 pagi





2 ulasan:

Wafa cw berkata...

kalau ikutkan 24 april ni ada perjumpaan waris dengan pelajar di MRSM Kotaputra... tapi tak tahu lagi boleh pergi ke tidak... kalau jadi pergi teringin nak jenguk-jenguk tuan mizi... boleh mengeteh ke apa ker kan?

pokcikblogger berkata...

sudi-sudikan datang kemari In Sha Allah... bolehlah kita bersembang panjang