Aku jarang menyemak ranking blog... tetiba teringin semak dan terkejut sedikit. Alhamdulillah semakin mengecil angka tu berbanding dahulu.. semak DISINI. Ini kedudukan pada hari ini 15 mac 2014. In Sha Allah sekiranya aku konsisten dalam berblog rasa-rasanya akan mengecil lagi angka tu... dan yang lebih penting, kunjungan dari rakan-rakan blogger
Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi. Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...
Ulasan
Jarang jumpa masa blogwalking tp tadi masa jenguk KM7 ternampak nama blog tuan... :D
Btw... tahniah sebab rangking tu dah makin mengecil... kena rajin update blog sebenarnya, kecil la nombor tu :D