Sebenarnya dah lama tak jamming........ bila terjumpa kawan-kawan dalam satu group dulu, yang sama-sama jamming bersama terus keinginan untuk itu kembali semula.....Bila pakcik-pakcik jamming ... yang muda ketepi... tengok pakcik-pakcik punya skill
Jangan pandang rendah pada pakcik-pakcik ni termasuk aku sekali..... sebenarnya dulu kami dibesarkan dengan muzik Led Zepellin, Deep Purple dan muzik Iron Maiden memang menjadi muzik kegemaran ku..
Bila dah berjumpa dengan kawan-kawan lama macam ni lah.... melepas tensen dan melepaskan gian.... dia orang semua masih kekal dan bersama mengadakan persembahan dimajlis-majlis perkahwinan... hanya aku sahaja yang keluar kerana komitmen pada kerja dan perniagaan. Itu pun aku tidak pernah melupakan mereka dan sekali-sekala akan bersama mereka
1 ulasan:
Hahaa ohsem la uncle!! Nanti goyang2 kepala ekk :D Haha..
Catat Ulasan