Keputusan semalam

Alhamdullillah hari ini line internet dah laju...... barulah hati terasa untuk mengupdate blog dan berblogwalking.. 


Semalam seperti biasa aku memenuhi temujanji dengan doktor setiap dua bulan sekali...... kalau minggu lepas untuk mengambil darah dan semalam adalah hari untuk mengambil result darah......Hasil dari keputusan itu amat amat mengembirakan hati ini...

Semua keputusan ujian yang diambil adalah normal kalau sebelum ini bacaan fungsi hati melebihi paras normal sekarang dah kembali normal.... Dari perbincangan yang dibuat doktor memaklumkan bahawa bacaan fungsi hati naik adalah disebabkan ubat yang digunakan............

Maklumlah bila umur makin meningkat semuanya perlu jaga..... Kalau sebelum ini temujanji dua bulan sekali telah diubah ke enam bulan sekali.....


Nota :
Menanti siapakah follower yang ke lima puluh


3 ulasan:

Unknown berkata...

diharapakn abg kita ni terus sihat.

mila berkata...

npe dgn hati?? xtahu cete huhu

pokcikblogger berkata...

Cik Cammy Lia.... dua tiga bulan lepas bacaan (darah)pada fungsi hati saya naik sehingga 138 kerana disebabkan salah preskripsi ubatan dan pemakanan herba yg saya amalkan... selepas saya hentikan pemakanan herba dan penuaran pd preskripsi ubatan maka bacaan kembali normal...... oleh itu saranan saya hati2lah dlm pemilihan ubatan herba..