Langkau ke kandungan utama

Catatan

Gambar Hari Rabu #68 - Van milo datang lagi

Gambar Hari Rabu #67 - Selamat Pagi

Bramfield House dari Maria Kajiwa

Petang semalam pokcik terima sebuah novel dari puan Maria Kajiwa.. Pokcik tidak boleh memberi sebarang ulasan lagi tentang novel ini kerana belum berkesempatan lagi untuk membacanya. Tetapi bagi pokcik, novel dari Maria Kajiwa tidak pernah mengecewakan.. Berkesempatan pada sebelah malam nanti sementara menanti masa melelapkan mata rasanya dapat pokcik bacanya...

'Putik baba'

'Putik baba'.  Buah ini merupakan satu makanan pilihan pokcik di zaman kanak kanak di tahun 70an & 80an. Selepas tahun tahun itu pokcik tidak lagi menjadikannya sebagai makanan kudapan. Tahun tahun itu, kehidupan keluarga pokcik agak sukar.  Dan buah ini menjadi pilihan. Kulit buahnya dikupas, dihiris nipis di cicah dengan garam, gula serta belacan dan dicampur dengan cuka makan di jadi colek buah.. Rasanya sedikit kelat.. Pokcik pun dah lupa rasanya.  Ramai kanak kanak zaman kini sudah tidak mengetahui bila disebut 'putik baba'. Putik baba sebenar adalah putik buah nangka atau buah nangka yang masih kecil. Anak-anak zaman sekarang ramai yang mengemari buah seperti gambar dibawah... Kalau diikutkan rasanya yang masam masam manis. Teringat pokcik suatu ketika zaman kanak kanak dahulu pokcik mengemari satu jenis buah yang rasanya hampir sama dengan buah mulberry ini.. Buah gucil, sekarang ini agak sukar menemui pokoknya.

Gambar Hari Rabu #66 - Kampung Lepan Kejor

Sayangnya hari itu singgah sini, di Kampung Lepan Kejor pokcik tidak bawa kamera seperti biasa. Kamera yang sebelum ini sentiasa ada bersama kehulu dan ke hilir disisi pokcik. Tempat menarik... dengan telefon ditangan pokcik rakam gambar tempat ini. Waktunya pun tidak sesuai, jam 4.00 petang. Jeti ini telah dibina oleh bapa sepupu pokcik dan adik beradiknya. Kawasan tanah pusaka ini telah dibangunkan oleh mereka sekeluarga dan akan dijadikan sebagai tempat rekreasi. Dua tiga buah sekolah sekitar kawasan pernah menjadikan tempat ini sebagai tempat kursus dan motivasi bagi pelajar. Tapak Perkhemahan, sebuah surau dan dewan dibangunkan disini.... Semoga cita-cita bapa sepupu pokcik dan adik beradiknya tercapai untuk membangunkan tanah ousaka ini..

Gambar Hari Rabu #65 - Kejohanan Merentas Desa 2020

Kenangan

Masa kecil, aku suka mengikut belakang traktor yang membajak tanah sawah.. Dengan kayu di tangan, bersama rakan seramai lima atau enam orang mengejar haruan, keli atau puyu yang kepeningan selepas terkena putaran tenggala. Tidak hirau penat, tidak hirau kotor selut yang kadang hanya mata kami sahaja yang kelihatan. Kadang kami pulang dengan ikan di tangan, penuh satu plastik. Tiada ibu atau bapa yang marah, ikan itu ibu yang siang kan dan menjadi lauk kami untuk berhari hari.