Langkau ke kandungan utama

Catatan

Gambar Hari Rabu #63 - Bewok Kabuk

Burung Gerek

Semasa kecil dahulu, iaitu di alam sekolah rendah akhir tahun 70an pokcik suka mencari sarang burung ini yang biasanya membuat sarang didalam pasir halus lembut dikawasan tebing tebing sungai dikampung. Suka mengambil telur-telurnya dengan tanpa tahu apa tujuannya kerana mengikut perbuatan kawan-kawan yang lebih tua. Waktu itu burung  ini mudah dijumpai dikawasan sungai dikampung. Gambar ini dirakam dikawasan belakang rumah tempat pokcik biasa bertanam kangkung. Kerana adanya pokok pokok getah tua dan tinggi yang rantingnya telah mati dan menjadi tempat burung ini bertenggek. Spesis ini sudah jarang ditemui dibeberapa tempat. Pokcik tidak tahu dalam kategori mana burung ini tapi pokcik berpendapat mungkin burung ini dalam spesis layang-layang kerana bentuknya yang tirus dan cara pemakanan yang terbang dan menyambar serangga-serangga kecil yang sedang terbang. Pokcik sedang tercari-cari istilah sains bagi 'burung gerek' ini atau apa-apa panggilan atau nama yang berb...

Burung - Lineated Barbet

Lima petang pokcik memburu burung ini. Kawasan permainannya disekitar kawasan kampung, gambar ini pun dirakam dibelakang rumah pokcik. Makanan utamanya adalah ulat dan buah-buahan. Pokcik tidak tahu apakah nama panggilan bagi burung ini di Malaysia. Orang kampung pokcik panggilnya dengan nama burung 'keput' atau 'kutup' dan ada yang panggil dengan nama burung 'guntun'. mungkin ini disebabkan suara burung ini yang seakan menyebut bunyi itu setiap kali berbunyi.  Lineated Barbet ini adalah dari spesis burung belatuk. Bersarang dirongga batang kayu reput yang telah ditebuk atau ditinggalkan sebelum ini oleh burung belatuk yang lain.

Gambar hari rabu #62 - indahnya kampungku

Musim yang berbeza, indahnya tidak berbeza

Family day Prasekolah

Alhamdulillah kali ini pokcik hanya nak kongsi gambar kejadian pada Sabtu 28.9.2019. Prasekolah pokcik telah mengadakan hari Keluarga bertempat di Pantai Bukit Keluang.. Tempat yang makin popular aktiviti hiking. Seramai lapan belas keluarga pelajar Prasekolah telah memeriahkan program ini, guru pra dan pembantunya serta pengurusan sekolah turut hadir sama.. Cukup meriah, itu yang pokcik katakan... Makanan pun cukup banyak yang dibawa oleh ibu bapa anak anak Prasekolah dan pengurusan kelas pra. Aktiviti yang dijalankan turut disertai oleh ibu bapa penjaga.. Jom layan gambar yang sempat pokcik rakam sewaktu acara berlangsung.. 

Sepakat membawa berkat

Alhamdulillah, Program Bubur Asyura yang dirancang sebelum ini dengan jayanya terlaksana diawal pagi ini. Bermula jam 3.45 pagi kawah mula diletakkan tungku dapur. Dengan penglibatan dari guru-guru yang tinggal berdekatan dengan kawasan sekolah bersama dengan komuniti PIBG dan kerjasama dari Kontraktor kantin sekolah, jam 9.30 bubur asyura mulai dapat dihidangkan kepada guru-guru dan pelajar serta PIBG yang terlibat. Hasil dari kerjasama... SEPAKAT MEMBAWA BERKAT