Langkau ke kandungan utama

Catatan

Beli benih kangkung di Shopee

Benih kangkung 1kg yang dibeli melalui shopee selamat sampai petang tadi. Biasanya pokcik beli di kedai pertanian di bandar berhampiran..  Biji benih ini berlainan dari kebiasaan yang pokcik guna, benih ini besar sedikit. Bila disemai dibatas nanti pokcik hendak lihat daunnya sama ada lebar sedikit atau meruncing seperti yang ditanam oleh pokcik sekarang.

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..

Jamuan Raya

Baru sempat nak update cerita kat sini. Cerita tentang Jamuan Raya KEPTAN Cawangan Besut yang berlangsung pada 27 Jun yang lalu. Disebabkan sibuk yang amat tak sempatlah pokcik nak pos kat sini.  Sebenarnya program hari tu merupakan program tiga dalam satu. Pertamanya diadakan taklimat kenaikan pangkat dari gred DG41, DG42 ke Gred DG44, Mesyurat GAong KEPTAN Cawangan dan seterusnya jamuan raya secara santai sambil bermesyuarat. Alhamdulillah segala urusan hari itu berjalan dengan jayanya, berkat sokongan dari semua rakan seperjuangan.

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Gambar Hari Rabu #59 - Photography Challenge / Cendawan

Cendawan atau kulat ni ada pelbagai jenis. Ada yang boleh dimakan dan ada yang tidak boleh dimakan. Photography Challenge untuk cendawan ni sempat pokcik jumpa untuk tiga jenis atau juga dikenali sebagai kulat kukur.. gambar pertama dan dua gambar lagi tu tak pula pokcik ketahui namanya tapi dari jenis yang tidak boleh dimakan. Kalau dimakan juga agak-agaknya berbuih mulut nanti..  Bagi mereka yang mengenali dua jenis kulat@cendawan, gambar dibawah ni bolehlah komen.. boleh juga bertukar informasi

Sambutan Raya disekolah

Majlis Sambutan hari raya disekolah pokcik tahun ini agak meriah walaupun diadakan secara sederhana. Menu yang disediakan seperti tahun-tahun lepas, sate dan lemang tidak pernah dilupakan. Tahun ini lagi meriah bila acara karaoke diberi lampu hijau oleh guru besar dan ramailah rakan-rakan menunjuk bakat masing-masing Seperti biasa, bila setiap kali diadakan apa-apa saja majlis disekolah. Tugas pokcik adalah sebagai jurugambar. Memang banyak pokcik ambil gambar beratus-ratus tapi entah kenapa tahun ini pokcik terlupa untuk bergambar dengan latar belakang yang dihias cantik. Hanya satu sahaja gambar pokcik yang diambil tanpa pokcik sedar oleh sahabat, itu pun bluuurr... Pokcik kongsikan sedikit gambar acara sambutan majlis raya tahun ini..

Sakit dihari raya..

Raya tahun ini menjadi tidak meriah bagi diri pokcik. Mana tidaknya bila tidak dapat menyambutnya dengan baik, hanya terjelepok diatas tilam. Semuanya adalah kerana alahan pada makanan dan minuman. Pada malam raya pokcik minum susu asli. Terlupa diri ini alahan pada benda tu. Sedar dipagi raya kepala terasa berat, perut pula terasa sebu dan kawasan dada dan belikat terasa macam penuh angin dengan kepala pula terasa berdenyut dan sakit. Pokcik kena uluran angin  yang telah lama pokcik tidak pernah kena seteruk ini. Tiga hari tidak dapat buang air besar. Kali pertama dalam hidup tidak dapat menunaikan solat sunat aidilfitri, serasa tidak sempurna raya bagi tahun ini. Petang raya keempat barulah keadaan pokcik kembali seperti biasa.