Langkau ke kandungan utama

Catatan

Resipi daun belalai gajah celur

Petang semalam, pokcik terasa sangat nak masak daun belalai gajah yang ada kat belakang. Biasanya pokcik  buat ulam saja tapi kali ni terasa sangatlah nak masak-masak daun ni. Terlintas dihati nak celur saja takut nanti tak sedap pula. Tak nak isteri tolong kerana ini selera pokcik, jadi menu ni biar ikut selera pokcik.  Pokcik panaskan air. Bawang merah, bawang putih yang telah dimayang berserta dengan cili kampung pokcik masukkan dalam air yang tengah mendidih.. Sedikit garam dan satu kiub pati ayam Knorr.  Pokcik biarkan air tu betul-betul mendidih barulah pokcik masukkan daun belalai gajah. Dari pengamatan pokcik daun tua lebih sedap dan lemak rasanya berbanding daun muda... daun muda sedap dibuat ulam cicah budu atau sambal belacan. Pastikan daun belalai gajah tidak terlalu masak atau kecut. Pastu pokcik taburkan serbuk lada hitam dan lada putih jenama ajishio. Itu selera pokcik dan sedap dilidah pokcik, bila tanya anak-anak dia orang pun kata sedap. Bi...

Merumput

Sekarang ni kerja-kerja menanam dah selesai. Jagung dan kacang pun dah besar.  Sekarang ni pengisian waktu petang pokcik disi dengan aktiviti merumput dicelah celah dua tanaman ini. Berbanding dengan waktu menanam.dulu, merumut tidaklah sepenat menanam. Yang pokcik tanam tu dua jenis jagung. Jagung manis dan jagung jeriat serta kacang panjang. Kacang panjang ni tak payah guna kayu pancang atau kayu junjung. Pokoknya setinggi lutut dan berbuah seperti kacang panjang biasa. Sekadar merumput sahaja. Mengembur tanah tu pokcik tak lakukan takut nanti ayam pula yang datang mengembur dan mencakar tanah sekitar tanaman ni. Berdasarkan pengalaman yang lalu. Semua ni ditanam belakang rumah, dalam keadaan terbuka tanpa pagar. Hari tu pun sebahagiannya telah dimusnahkan babi. Nasib baik hanya sedikit kalau tidak penat saja.

Mencuci temu

Mencuci temu.. bunyi macam pelik. yang sebenarnya mencuci temulawak. Atas permintaan rakan rakan guru yang berkehendakkan sangat temulawak ni, petang tadi pokcik pergilah gali seperdu pokok herba ni kat belakang rumah. Bila siap gali, punyalah banyak isinya. Itu baru seperdu. Nak bersihkan dia dari tanah pun satu hal. Kerana tidak mahu merosakkan isinya pokcik guna semburan air paip yang deras. Seperti gambar kat bawah tu kan. Tulah yang pokcik buat bila tiap kali membersihkan kunyit, lengkuas dan temulawak.. bersih dan nampak cantik. Isi muda (yang putih tu) biasanya pokcik buat ulam, cicah dengan budu.. fuuh makan cukup berselera. Temulawak ni juga sedap di buat ramuan dalam nasi kerabu. Kata seorang rakan pokcik lagi sedap kalau dibuat acar.. memang yang ni pokcik tak pernah cuba.. Tentang khasiatnya taklah pokcik nak cerita, dah banyak blog dan website bercerita tentang khasiat herba. Ada seorang sahabat pokcik yang nak sangat pada benih kunyit hitam.. nanti a...

Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola

Jom join segmen ni... 2 hadiah misteri untuk 2 peserta bertuah klik banner atas

Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2016 , iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2016. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016

Kembali lagi dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com untuk bulan November dan December . Segmen Bloglist yang terakhir untuk tahun 2016 . Macam biasa syaratnya mudah je. Hanya perlu copy paste je coding yang Fiza dah sediakan. Mudah je kan? Mana yang tak sempat join haritu, boleh join untuk bulan November dan December ni ye. Macam biasa pemilihan 10 blog akan dibuat melalui random.org. KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN Langkah Penyertaan Segmen 1. Buat entry bertajuk :  Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016 2.  Copy  coding dalam kotak bawah ni dan  paste  di ruangan HTML entry 3.  Publish dan tinggalkan link entry  dalam kotak komen di entry asal  Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016   Tarikh Tamat : 28 Oktober 2016    Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Angkara si babi

Awal pagi, macam biasa sementara menantikan anak bersiap untuk ke sekolah pokcik kebelakang rumah melihat tanaman. Alangkah terkejut bila lihat pokok pokok jagung pokcik yang sebahagian ranap, rebah menyembam bumi angkara perbuatan babi. Sebelum ini, sudah acapkali babi ini datang belakang rumah pokcik tapi tidak pula dia mengamuk dan memusnahkan tanaman. Siapa yang tidak marahkan, dahlah penat menyangkul, merumput dan membaja tiba-tiba tanaman pula dimusnahkan babi. Harap-harap lepas ni babi tak lagi datang mencari makanan kat kebun pokcik ni. Buat sementara ni pokcik guna sabun mandi popinjay. Kata sahabat pokcik tu cara yang terbaik tapi bersifat sementara. Kalau nak yang lebih baik dan kekal buat pagar.. yang tu pokcik setuju benar