salam jumaat... Aktiviti pagi ini tak lain tak bukan dengan aktiviti berkebun sayur, memandangkan petang semalam hujan lebat dan ribut yang menumbangkan sayuran tomato.... hari ini aku kena cari kayu untuk dipancangkan dalam polibeg.... Sayang kalau tak dilakukan dengan kadar segera takut nanti tomato yang telah mula berbuah dan ada juga yang baru berbunga ini layu dan akhirnya mati, penat-penat saja selama ini membelainya. Paling aku tak sabar sekali ialah melihat kacang panjang ini berbuah dan membesar..... satu pokok sudah mengeluarkan buah dan yang lain-lain tu pula sudah mula berbunga. Kacang panjang ini bukan jenis pokok yang mengeluarkan sulur yang panjang dan memerlukan kita memasang junjung/kayu pancang... Aku beli biji benih dia hari tu RM2 bagi dua belas biji ... cukup mahal rasanya... Awal-awal lagi aku tak benarkan isteri petik kacang tu kerana aku bercadang untuk menjadikannya benih.... aku cadang nak tanam lebih banyak lag...