Langkau ke kandungan utama

Air Batu Takung Bulan Puasa

Kalau sebut bulan puasa tahun 80-an, dalam kepala Pokcik bukan terbayang ayam golek atau air balang warna-warni dulu… tapi teringat air batu takung.

Zaman tu mana ada peti ais dua pintu. Nak ais kena beli di kedai runcit. Dalam satu kotak kayu besar, penuh dengan habuk kayu gergaji, tersimpan ais seketul besar macam bongkah batu sungai. Bila tauke buka penutup, keluar asap sejuk berkepul-kepul. Kita budak-budak ni tengok pun dah rasa nyaman.

Tauke ambil pahat, ketuk… ketak… ketak… Serpihan ais melompat atas papan. Kadang-kadang terpercik kena tangan, sejuk dia sampai ke tulang.

Balik rumah, ais dibalut surat khabar lama. Sampai rumah, mak akan masukkan dalam kain buruk, hentak atas batu lesung. Pecah jadi ketul-ketul kecil. Masuk dalam air sirap merah dalam jag plastik. Kalau ada rezeki lebih, mak letak biji selasih. Itu dah kira macam air hotel lima bintang kampung dah.

Petang tu duduk bersila tunggu azan dari radio kecik atas almari. Bila azan Maghrib berkumandang, teguk pertama air sirap ais takung tu… Allahu… nikmat dia bukan main. Sejuk terus sampai ke dada.

Sekarang ni ais tekan je keluar kiub cantik. Tapi rasa dia lain. Dulu ais tu kita tunggu, kita usaha, kita hargai.

Ulasan

NadiaJamhari berkata…
Bila tengok ini, barulah rasa betapa pentingnya kita hargai apa kita ada (kenapa saya tiba tiba bermadah ni)
Kakmim berkata…
Dulu kecik² masih stay kampung mmg time bln puasa semua kedai runcit ada jual ais batu mcm ni.. skrg beli yg kiub sepeket tu je di petronas kalau nk guna byk.. rindu pulak zaman berpuasa di kampung kecik² dlu, kiri kanan semua rumah mak sedara, confirmlah setiap hari menu berbuka mmg penuh meja disedekah jiran kiri kanan
Etuza berkata…
Unik batu ais tu wak..
Sii Nurul berkata…
Sekarang kiub ais mudah je, tapi tak sama feel menunggu macam dulu..

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...