Langkau ke kandungan utama

Rahsia Tenaga Waktu Puasa – Teori Lain, Praktikal Lain

Ramadan ni setiap tahun orang kongsi macam-macam tip. Cara sahur yang betul, menu berbuka yang sihat, minum air ikut jadual, kurangkan gula, lebihkan protein. Baca memang nampak hebat. Siap ada jadual warna-warni lagi.

Pokcik pun baca.

Pokcik pun angguk.

Tapi bila azan Maghrib berkumandang… lain cerita dia.

Sebenarnya betul lah apa orang kata. Kalau sahur ambil karbo kompleks, protein cukup, air minum berpada-pada, memang tenaga tahan lama. Tak cepat lapar. Tak cepat haus. Badan pun rasa ringan.

Kalau berbuka pula jangan terus serang makanan berat. Mulakan dengan kurma dan air kosong. Lepas tu solat dulu. Bagi perut masa nak “bangun” dari tidur panjang seharian.

Itu teori.

Realitinya…

Atas meja ada kuih, ada air sirap, ada goreng-goreng panas berasap. Mata ni bukan main lagi bersinar. Tangan pula cepat je capai mana yang dekat.

Pokcik ni bukan tak tahu. Tahu.

Cuma kadang-kadang selera tu lebih kuat dari ilmu.

Sahur pun sama. Orang kata makan sederhana sudah cukup. Tapi kalau ada lauk sambal sardin lebih sikit, tambah nasi sikit lagi… konon nak simpan tenaga.

Padahal tenaga tak simpan pun. Yang tersimpan cuma rasa kenyang sampai berat nak bangun Subuh.

Jadi kalau orang tanya Pokcik rahsia kekal bertenaga waktu puasa?

Pokcik jawab jujur saja…

"Pokcik ikut selera je.” 😆

Ulasan

Warisan Petani berkata…
Selamat menjalani ibadah puasa ramadan dan ibadah yang lain2nya.
Sii Nurul berkata…
Haha, memang betul tu! 😆 Teori lain, realiti lain bila depan meja penuh makanan.. Kurma dan air kosong tu bagus, tapi goreng-goreng panas susah nak elak. Selera kadang-kadang lebih kuat dari ilmu, Pokcik memang jujur! 😂

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...