Langkau ke kandungan utama

Hari Ketiga Sakit Gigi di Bulan Puasa

Hari ni dah masuk hari ketiga Pokcik menahan sakit gigi. Orang kata, kalau sakit gigi ni dia tak nampak darah, tak nampak luka… tapi dia punya berdenyut tu sampai ke kepala. Duduk diam salah, baring salah, senyum pun rasa macam ada orang cucuk jarum halus dalam gusi.

Yang paling menguji iman, waktu berbuka puasa.

Siang hari boleh lagi tahan. Pokcik sibukkan diri dengan kerja, tengok kebun kesana kesini jadi driver mok cik kamu. Tapi bila masuk waktu hampir Maghrib, perut mula berkeroncong, tekak kering… masa tu lah gigi mula buat perangai. Macam dia tahu nak “balas dendam” sebab seharian tak dapat rasa apa-apa.

Petang tadi Pokcik gagahkan diri pergi bazar Ramadhan. Bukan apa, dalam kepala terbayang nasi air. Kuah panas, lembut, tak perlu kunyah kuat-kuat. Itu saja yang mampu masuk dalam keadaan gusi macam ni. Jalan pun perlahan-lahan, takut tersenggol orang. Ramai betul manusia di bazar, masing-masing dengan senyuman dan plastik penuh juadah.

Pokcik beli nasi air satu bungkus. Tak berani ambil ayam goreng, murtabak jauh sekali. Tengok saja pun sudah cukup. Dalam hati, “Sabar dulu Pokcik… esok-esok lah kita balas dendam.”

Balik rumah, azan Maghrib berkumandang. Teguk air kosong dulu, perlahan-lahan. Air lalu di kawasan gigi yang sakit tu pun dah terasa ngilu. Lepas tu suap sikit nasi air. Alhamdulillah, boleh telan. Cuma makan pun tak ada nikmat sangat bila separuh mulut macam kebas menahan sakit. Tiba-tiba lepas berbuka rasa macam nak demam pula.

Kadang-kadang kita ni bila sihat, makan tak ingat dunia. Hari ni baru tahu, nikmat kunyah makanan tanpa rasa sakit tu besar rupanya.

InsyaAllah esok klinik dah buka. Pokcik memang dah pasang niat, nak pergi cabut gigi. Itu pun kalau gusi tak membengkak teruk. Orang kata kalau bengkak sangat, doktor tak berani cabut lagi. Harap-harap malam ni tak melarat. Pokcik dah kumur air garam, tuam pipi sikit-sikit.

Dalam sakit ni pun ada pengajaran. Allah tarik sikit nikmat, terus kita rasa tak selesa. Jadi janganlah sombong bila badan sihat. Jangan bertangguh bila gigi mula beri isyarat. Pokcik ni pun salah sendiri, dah lama rasa tak sedap sikit, tapi tangguh. Konon boleh tahan.

Sekarang, padan muka sendiri.

Doakan Pokcik ya, moga esok dipermudahkan urusan di klinik. Kalau jadi cabut, mungkin dua tiga hari lagi makan bubur saja lah jawabnya. Tak apa… asalkan hilang denyut yang sampai ke telinga ni.

Begitulah cerita hari ketiga sakit gigi di bulan puasa. Ujian kecil, tapi cukup buat kita insaf.

Salam Ramadhan dari Pokcik yang tengah pegang pipi sebelah kiri sambil menaip ni. 😅

Ulasan

Warisan Petani berkata…
Mudah2an dah kurang sakit giginya.
adnil linda berkata…
Semoga cepat sembuh pokcik.. sakit gigi paling tak boleh bawa bincang..
Time Traveller berkata…
Semoga dipermudahka segala urusan dan diberi kesembuhan yang cepat amin
namakucella berkata…
Allahu...sakit gigi ni antara sakit yang paling sakit kerana tak tahu bolbila sembuhnya....Saya pernah lalui makan ubat klinik tak jalan.. & saya gunakan ubat sserbuk cap kaki tiga ..kesanya gigi jadi rapuh dan mudah pecah..
Kalau mak saya...dia akan cari pokok dedap dan ambil sikit kayunya asah jadi macam pencungkil gigi...buatlah cungkil cungkil gigi lepas makan dan masa sakit gigi..wallahu'alam....
Apapun semoga pokcik dikurniakan kesembuhan oleh Allahs.w.t🤲

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...