Langkau ke kandungan utama

Dari Rock Melon ke Nenas MD2

Beberapa minggu lepas, pokcik siapkan satu batas khas di kebun — siap lapik plastik silver shine lagi. Dalam kepala masa tu, memang niat nak tanam rock melon. Dah rancang elok-elok, nak cuba tanam buah yang manis dan cepat hasil tu. Tapi rupanya, benih yang disemai langsung tak menjadi. Satu pun tak naik. Agak kecewa juga, sebab dah penat siapkan batasnya.

Tapi orang kata, kalau rezeki bukan pada yang kita rancang, Tuhan ganti dengan yang lebih baik. Kebetulan sahabat pokcik datang bawa beberapa sulur nenas MD2 — katanya lebih manis, cepat berbuah dan tahan lama. Tanpa fikir panjang, pokcik terus tanam je kat batas tu. Elok juga, sekurang-kurangnya batas tak kosong.

Sekarang ni, barisan nenas tu nampak makin segar bawah cahaya pagi. Daunnya mula menegak, tanda akar dah mula lekat kuat. Hati pun rasa lapang tengok hijau-hijau ni. Kadang-kadang, dalam berkebun ni, bukan semua benda jadi ikut rancangan. Tapi kalau kita sabar dan redha, tetap ada hasilnya juga.

Pokcik fikir, mungkin inilah hikmahnya — dari rock melon yang tak tumbuh, Allah ganti dengan nenas MD2 yang insya-Allah nanti boleh bagi manisnya sendiri. 🌱🍍

“Dalam setiap kegagalan, ada benih rezeki yang menunggu untuk tumbuh.”


 

Ulasan

Ana Jingga berkata…
nanas MD2 ni memang premium kan pokcik, manis sungguh..
Puan Hazel berkata…
Alhamdulillah hikmah disebalik kegagalan. Mungkin nenas ni lebih memberi hasil In Sha Allah
Warisan Petani berkata…
Nanas md2 terbaik.
Semoga subur sehingga menjana hasil
Yusuf Baradar berkata…
Nanas MD2 memang sedap, manis. Ada hikmah di sebalik kegagalan
Etuza berkata…
Subanahanall menjadi nanas wak, sayur nampak kebar2 daun..macam nak petik ja nampak sayur tu wak subur,,
namakucella berkata…
Sekarang nanas MD2 jadi pilihan ramai kan...Saya pun bulan lepas rasanya hpirn10 biji membeli MD2..sedap sungguh..manis berjus
Sha Mohamed berkata…
Rezekinya bersama buah nanas.. Semoga cantik kejadiannya ye..

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...