Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2025

Meja Kerja #31 - Minyak Panas dan kenangan lalu

Pagi tadi Pokcik gatal kaki sikit. Pokcik ke padang, tengok budak-budak sekolah main bola. Pokcik pun rasa nak join sekali. Bukan nak tunjuk handal, cuma nak keluarkan peluh konon nak panaskan b adan. Mula-mula ok je, lari keliling padang dua tiga kali. Tapi bila sampai pusing ketiga, betis mula bagi isyarat… ketat semacam. Haa masa tu baru teringat umur pun bukan muda lagi. Naik pejabat, terus buka laci meja, capai botol kecil berisi minyak panas buatan sendiri. Pokcik sapu kat betis, urut pelan-pelan sambil tahan sakit. Bila dah tua begini jadinya buat aktiviti pun otot dah rasa lain macam..  Waktu muda dulu bukan setakat tangga yang tinggi atau bukit tapi gunung yang tinggi pokcik dah panjat.. Pokcik jadi guide.. ambil upah bawa kumpulan yang ingin daki Gunung tebu masa tu.. macam malim gunung begitu lah.. Tapi itu dulu waktu tenaga masih ada.. semuanya tinggal kenangan. Gambar tahun 2000 masa ni Pokcik Daki Gunung Tahan Sekarang bila buat aktiviti sikit, botol minyak panas ata...

Nikmat Terbesar Yang Tuhan Anugerahkan

Kadang-kadang bila duduk termenung di tepi kebun, sambil dengar bunyi katak memanggil hujan, bunyi cengkerik sedang bernyanyi hati terdetik...  banyak sungguh nikmat yang Tuhan bagi pada manusia. Udara yang kita hirup percuma, mata yang boleh melihat hijau dedaun, kaki yang boleh melangkah dan hati yang masih tahu bersyukur. Tapi… kalau ditanya, “Apakah nikmat paling besar yang Tuhan bagi?”   Jawapannya bukan pada harta, bukan pada tubuh yang kuat tapi pada iman dan akal. 🕊️ Nikmat Iman Iman ni halus. Tak nampak tapi hidup jadi terang dengannya. Dengan iman, kita tahu siapa kita, dari mana kita datang dan ke mana kita akan balik. Iman buat hati tenang walau rezeki sempit, buat kita tabah walau diuji. Tanpa iman, manusia boleh hidup mewah… tapi kosong. Jiwa jadi tandus, tak tahu apa makna hidup. 🧠 Nikmat Akal Akal pula teman rapat iman.  Dengan akal, manusia boleh berfikir, menimbang baik buruk, dan mencari kebenaran. Tapi kalau akal tak dibimbing iman, dia boleh ...

Bagaimana Hobi Berkebun Sayur Tumbuh Dalam Jiwa Pokcik

Semuanya bermula waktu Pokcik masih bersekolah rendah dulu, masa tu darjah enam. Sekolah Pokcik ada buat satu program yang dipanggil Bumi Hijau — satu program tanam sayur di kawasan sekolah. Waktu itu, semua sekolah terlibat dengan program ini. Setiap murid wajib pilih satu jenis tanaman untuk diusahakan dan di hujungnya akan dinilai pokok siapa yang paling subur, paling hidup elok. Pokcik masa tu tanam lobak putih. Setiap pagi sebelum loceng berbunyi dan petang pula pokcik datang untuk menyiram air, buang rumput sekeliling, cangkul untuk gemburkan tanah sikit-sikit. Tak sangka, hasilnya subur betul....  daun lebar, hijau pekat.. umbisi lobak putih membesar dengan elok. Bila tiba hari pertandingan, Pokcik dapat tempat nombor satu. Itulah hadiah pertama dalam hidup Pokcik yang datang daripada kerja tangan sendiri. Sejak hari tu, rasa minat tu mula bercambah dalam hati. Tambah pula bila balik rumah, tengok emak Pokcik rajin menanam di tepi dapur — ada serai, cabai, halia, kunyit... S...

Bila Doktor Suruh Periksa Mata

Pagi tadi adik Pokcik pergi hospital. Dah lama dia mengadu sakit kepala , tapi bila cek tekanan darah semua normal . Tak tinggi pun. Jadi kami pun pelik, sebab tiap kali dia kata kepala berdenyut, ubat pun tak banyak membantu. Tadi bila jumpa doktor, doktor sarankan supaya dia buat pemeriksaan mata di Hospital Kuala Terengganu, untuk jumpa doktor pakar. Katanya mungkin ada kaitan dengan saraf mata . Bila dengar doktor sebut begitu, terus hati Pokcik teringat tentang penyakit glaukoma — penyakit mata yang datang perlahan-lahan tanpa kita sedar.  Dalam mata kita ni ada satu cecair yang keluar masuk setiap masa. Bila saluran keluar tu sempit atau tersumbat, tekanan dalam mata akan naik. Tekanan inilah yang lama-lama boleh rosakkan saraf optik , dan akhirnya menyebabkan hilang penglihatan . Yang menakutkan — glaukoma ni tak sakit , tak ada tanda awal yang jelas. Orang cuma mula perasan bila pandangan tepi dah makin sempit, atau bila dah sukar nampak dalam keadaan gelap. Kadang-kada...

Gila-Gila Sikit Tak Apa, Janji Bahagia

Kadang kita rasa macam kepala dah tak boleh nak hadap semua benda.  Kerja datang bertimpa, fikiran serabut dan tiba-tiba kita terfikir....    “Eh, aku ni gila ke apa?” Sebenarnya, ramai orang pun rasa macam tu, cuma tak semua berani nak mengaku. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 1 daripada 4 orang dewasa pernah alami masalah tekanan atau kebimbangan yang serius dalam hidup mereka. Dalam erti lain, kalau ada sepuluh orang kawan di sekeliling kita, sekurang-kurangnya dua atau tiga sebenarnya tengah bergelut dalam diam. Jadi kalau kita rasa “tak betul sikit” , itu bukan tanda gila itu tanda kita manusia. Tekanan kerja, kurang tidur dan masalah kewangan antara sebab utama ramai orang hilang keseimbangan emosi. Badan penat, otak pun mula ‘berbunyi’. Kadang rasa nak marah tanpa sebab, kadang nak menyendiri, kadang nak menangis bila tengok langit senja. Itu semua tanda badan dan minda minta rehat. Yang penting, jangan biar diri hanyut dalam tekan...

Majlis Apresiasi Kokurikulum di Lata Cikgu"

Hari ini suasananya sungguh meriah dan tenang — bunyi aliran sungai yang mengalir deras di Lata Cikgu seolah-olah menjadi muzik latar yang menenangkan sepanjang majlis. Sekolah kami mengadakan Majlis Apresiasi Kokurikulum di sini, di sebuah tapak perkelahan yang sungguh cantik dan damai, dimiliki oleh seorang guru yang juga bertugas di sekolah kami sendiri. Seramai 60 orang murid bertolak dari sekolah sekitar jam 8 pagi menuju ke lokasi yang hanya lebih kurang tujuh kilometer jauhnya. Walau jarak dekat, semangat mereka macam nak pergi lawatan jauh! Setibanya di sana, khemah dipasang, kerusi disusun, dan aroma kambing golek mula memenuhi udara — tanda hari ini bukan hari biasa. Majlis ini diadakan khusus untuk menghargai pencapaian murid-murid dalam bidang kokurikulum — sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan.  Setiap wajah yang hadir memancarkan rasa bangga dan syukur. Ada yang tersenyum malu-malu ketika nama mereka diumumkan, ada juga yang menepuk bahu ka...

Menjengah tanaman tebu

Kelmarin petang, Pokcik sempat menjengah kebun tebu yang dah hampir dua minggu tak berusik. Sibuk benar dengan sawi. Tanam, baja, siram, sampai lupa batang-batang tebu yang setia menunggu. Bila sampai, nampak jelas banyak daun kering berselirat di batang. Pokcik pun mula bersihkan satu-satu, tangan ligat, fikiran melayang. Teringat juga pasal pasaran tebu ni. Bulan-bulan biasa, bukan senang nak laku. Orang kurang cari. Tapi bila masuk bulan puasa, lain cerita.... laku keras sampai tak cukup tangan nak potong. Pokcik termenung sekejap, sambil angin petang menyapa. Cahaya senja pun mula jatuh perlahan atas daun-daun tebu yang dah dibersihkan.

Rasa malas bertukar rajin

Petang tadi, selepas hujan reda, Pokcik ke kebun tanpa sebarang niat untuk bekerja. Cuma mahu tengok-tengok keadaan, hirup udara segar, dan mungkin buang lelah. Tapi bila mata tertumpu pada barisan benih sawi yang makin membesar, hati terus rasa terpanggil. Kali ni, Pokcik cuba benih dari Crop Power yang Pokcik beli dari Shopee. Sebelum ni Pokcik biasa guna benih sawi kampung, yang memang tahan lasak dan dah sebati dengan tanah sini. Tapi Pokcik nak tengok sendiri macam mana hasilnya kalau guna benih yang katanya lebih seragam dan cepat tumbuh. Benih-benih tu nampak cukup bersedia untuk dialih ke batas tanam. Entah kenapa, semangat yang tak dirancang tu datang sendiri. Kebetulan pula, batas untuk alih tanam tu Pokcik dah siapkan sejak petang kelmarin. Tanah dah gembur, baris dah susun. Jadi tanpa banyak fikir, Pokcik terus mula kerja. Tangan mula menyentuh tanah, satu demi satu anak sawi dialih dengan cermat. Hujan yang turun tadi buat tanah lembut, senang kerja dibuat.

Separuh Yang Tertanam

Hari ni pokcik cuti.. pokcik luangkan masa jalan-jalan ke pantai. Laut tenang, angin lembut, awan berarak perlahan. Tapi yang paling menarik perhatian pokcik bukan pulau di kejauhan, bukan juga warna langit yang muram. Sebaliknya dua tayar lama yang tertanam separuh dalam pasir. Pokcik duduk sekejap, pandang tayar tu lama-lama. Dalam diam, pokcik rasa macam ada falsafah kecil tentang hidup di situ. Kadang-kadang kita pun macam tayar tu hanya separuh diri yang orang nampak. Bahagian lain, yang tertanam, itulah tempat segala penat, luka, dan rahsia yang tak pernah kita tunjuk pada sesiapa. Orang nampak kita senyum tapi tak tahu apa yang kita tanggung. Nampak tenang, padahal dalam hati ada gelora yang tak berhenti. Macam tayar tu juga, walau separuh tertanam ia tetap kukuh berdiri, tak berganjak walau dihempas angin laut. Hidup begitulah, Pokcik fikir. Tak perlu nampak sempurna, cukup sekadar kuat bertahan dalam diam. 🌿

Manuskrip Yang rosak

Dulu waktu remaja, pokcik pernah berangan nak jadi penulis novel. Bukan sekadar suka-suka, tapi betul-betul ada semangat nak menulis. Nak bercerita tentang hidup, tentang manusia dan tentang kampung halaman yang penuh makna. Masa tu, dunia terasa luas dan masa seolah panjang. Pokcik masih ingat lagi, satu ketika dulu pokcik pernah hadiri bengkel penulisan yang dikendalikan oleh seorang novelis dari Terengganu — Ali Jusoh . Namanya mungkin tak sepopular penulis-penulis besar tanah air, tapi bagi pokcik, dialah guru yang menyalakan api kecil dalam dada seorang anak muda kampung yang ingin menulis. Novel-novelnya banyak bercerita tentang kehidupan sederhana, perjuangan manusia kecil, dan makna ketabahan. Dari tutur katanya masa di bengkel tu, pokcik belajar bahawa menulis bukan soal bakat semata tapi tentang kejujuran dan kesabaran dalam menganyam setiap perkataan . Lepas bengkel tu, pokcik terus menulis. Guna pen dan kertas, sebab masa tu komputer pun belum mampu nak beli. Setiap malam ...

Malam Bila Otak Dah Tepu dan Idea Entah Ke Mana

Malam ni Pokcik duduk depan laptop lama. Skrin terang... kepala kosong. Otak rasa tepu, macam sawah yang dah lama tak hujan. Nak menulis. Entah apa nak tulis pun tak tahu. Kadang jari dah sedia di papan kekunci tapi hati macam hilang rentak. Angin malam masuk perlahan dari tingkap dapur, bawa sekali bunyi cengkerik dari belakang rumah. Pokcik hirup Milo kosong yang dah mula sejuk, sambil pandang kelip lampu jalan jauh di hujung lorong. Sunyi dan damai. Dalam diam tu, Pokcik terfikir  mungkin bukan idea yang hilang, cuma kepala ni perlukan rehat sekejap. Anehnya, bila tak ada idea pun, tangan ni tetap nak menulis. Mungkin sebab menulis ni dah jadi macam kawan baik, kalau tak bercakap dengan dia malam ni, hati rasa kosong. Tak apalah kalau tulisan ni tak panjang. Sekurang-kurangnya, malam ni Pokcik masih menulis, walau cuma beberapa baris yang sederhana. Esok kalau Pokcik baca balik, mungkin akan tersenyum sendiri: “Inilah malam yang otak tepu, tapi hati masih mahu bercerita.” Kad...

Anak Betik Baru Ditanam

Hari ni Pokcik cuti, jadi sempat la turun ke kebun awal pagi. Udara pun segar, bunyi burung pun rancak menyanyi. Pokcik bawa cangkul, bawa anak betik dalam polibeg dengan kereta sorong. Tanah masih lembap lepas hujan semalam, senang je nak gali. Bila anak betik tu dah berdiri elok, Pokcik tepuk-tepuk tanah sekelilingnya sambil senyum sorang-sorang. Entah kenapa, tengok pokok kecil tu pun dah buat hati rasa tenang. Harap-harap hidup subur la nanti. Kalau menjadi, bolehlah Pokcik merasa buah betik hasil tangan sendiri.  Pokcik semai betik ni dalam tiga puluh polibeg. Tu pun ada sahabat-sahabat yang minta nak beli anak betik ni.. Pokcik bagi tahu dia orang pokcik tak jual.. pokcik nak tanam sendiri. In Sha Allah semoga menjadi rezeki pokcik nanti.

Permulaan Pokcik dengan Rock Melon

Petang tadi, Pokcik luangkan masa di kebun kecil belakang rumah. Dengan perlahan dan sabar, Pokcik tarik plastik hitam untuk menutupi satu batas tanah yang dah siap digembur. Tujuannya mudah, nak kawal rumput, simpan kelembapan, dan panaskan tanah sikit-sikit untuk anak benih yang bakal tumbuh. Pokcik dah beli dua pek benih rock melon beberapa hari lepas. Setiap pek ada 10 biji saja. Tak banyak, tapi cukup untuk permulaan. Pokcik tak nak terus tanam banyak lebih baik tanam sikit dulu, belajar cara jaga, faham perangai tanaman, dan kutip pengalaman. Batas ni akan jadi tempat eksperimen Pokcik. Kalau menjadi, insyaAllah lepas ni boleh tambah lagi. Kalau tak menjadi, kita belajar dari kesilapan. Yang penting, Pokcik mula dengan niat dan usaha. Kebun ni bukan sekadar tempat tanam buah, ia tempat Pokcik belajar sabar, teliti, dan rasa syukur dengan rezeki yang tumbuh perlahan-lahan

Makan Tengah Hari di J’River Agro Darau

Tengah hari tadi, Guru Besar ajak pokcik dan geng pentadbiran sekolah, PK Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum, dan Mat Rizal makan tengah hari di J’River Agro Darau . Tempat ni memang port menarik tepi sungai, angin sepoi-sepoi bahasa, dan lauk pauk dia memang padu. Sampai saja di sana, mata pokcik terus tertumpu pada suasana sekeliling. Ada pondok-pondok kecil di tepi air, dikelilingi pokok hijau yang redup. Angin sungai yang lembut tu buat suasana makan rasa tenang sangat. Tak perlu kipas pun, sebab angin semula jadi dah cukup menyegarkan. Atas meja, lauknya memang menggoda. Ada ikan stim limau yang disiram kuah masam pedas, cukup lengkap dengan hirisan bawang putih, cili padi dan limau nipis. Wangi naik satu meja! Kuahnya tu, kalau cicah dengan nasi panas, boleh hilang segala penat kerja sekolah. Tak cukup dengan tu, ada juga sup campur seafood , penuh dengan sotong, udang, dan hirisan daun ketumbar. Rasa dia segar dan ringan, sesuai sangat makan tengah hari. Sambil makan, kami bo...

Menulis Dari Hati

Kadang-kadang bila Pokcik duduk depan laptop, jari ni tak terus menari. Lama juga termenung, sambil pandang keluar jendela. Nampak awan bergerak perlahan, ayam berkokok di hujung pagar, dan angin petang bertiup perlahan dihalaman. Dalam keadaan tu, baru Pokcik sedar… menulis ni bukan kerja tangan tapi kerja hati. Menulis dengan hati bukan kerja mudah. Ia bukan tentang siapa paling hebat karang ayat atau siapa paling petah bermain bahasa. Ia tentang kejujuran. Tentang berani melepaskan isi hati ke atas kertas, walau orang mungkin tak faham atau tak setuju. Tapi itulah nilai sebenar menulis, bukan untuk dipuji, tapi untuk difahami. Pokcik selalu teringat cara penulis-penulis lama berkarya. Nama seperti A. Samad Said , Shahnon Ahmad , dan Azizi Abdullah bukan sekadar penulis; mereka penafsir zaman. Setiap perkataan yang mereka tulis lahir dari hati yang benar-benar hidup dalam masyarakat. Mereka melihat dunia dengan mata hati, bukan sekadar mata kepala. A. Samad Said , bila menulis ten...

Senamrobik Hari Sukan Negara di Sekolah Pokcik

Pagi tadi, suasana di sekolah pokcik meriah bukan main. Dari jauh pun dah kedengaran lagu-lagu rancak yang biasa dimainkan bila acara senamrobik nak mula. Cuaca pun elok, tak panas, tak hujan. Kira lengkaplah untuk sambutan Hari Sukan Negara tahun ni. Budak-budak mula berkumpul di dataran sekolah, masing-masing dengan baju sukan sekolah, Semuanya nampak bersemangat. Bila muzik mula dimainkan, masing-masing terus ikut gerakan pelajar tahun enam yang dilantik sebagai instructor diatas pentas. Ada yang lincah betul, tapi ada juga yang gaya macam robot kehabisan bateri — itulah yang buat pokcik tersenyum tengok gelagat mereka. Pokcik rasa inilah antara momen yang paling menggembirakan di sekolah. Tak ada tekanan belajar, tak ada buku, tak ada ujian. Cuma keringat, tawa, dan semangat. Cikgu-cikgu pun tak kurang hebatnya, ada yang menari lebih laju daripada murid, siap buat gaya tambahan sendiri! Bila senamrobik selesai, semua pelajar duduk berehat sambil minum air. Wajah mereka merah-merah...