Jumaat, 13 Jun 2025

Baru tergerak hati nak tanam biji bendi

Hari ni pokcik tak tahu nak tulis apa. Tapi masa duduk sorang-sorang tadi, teringat… pagi ni pokcik gali tanah sikit. Bukan untuk buat batas besar pun, cuma nak tanam biji bendi.

Biji bendi ni bukan baru beli ya… dah lama isteri pokcik beli, siap letak elok-elok dalam plastik. Tiap-tiap hari dia sebut, “Tanamlah Pokcik, nanti kita boleh buat sayur sedap.” Pokcik iya-iya aje, tapi tak buat-buat juga. Biasalah, kadang kita tangguh bukan sebab tak nak… tapi sebab malas tu datang dulu. Hehe.

Tapi tadi entah kenapa, masa tengok tanah kosong di kebun, masih ada ruang lagi untuk pokcik tanam biji ni.. rasa macam dipanggil. Cuaca pun elok, tak panas sangat. Pokcik capai cangkul, gali lubang-lubang kecil, dan mula tanam biji bendi tu. Satu demi satu, macam tanam rasa bersalah yang dah lama terbuku. Kah kah kah.

Kadang-kadang, kita ni bukan tak tahu nak buat apa… cuma tunggu hati tu bagi ‘lampu hijau’. Bila dah sampai masa, baru tangan ni ringan, baru rasa rajin nak buat kerja.

Harapnya bendi ni hidup subur… dan harapnya juga isteri pokcik tak bising dah. Nanti dia petik hasil bendi tu, dia tahu... pokcik sayang walau lambat sikit geraknya. đŸ˜„


2 ulasan:

Aien Rusli berkata...

Bendi mudah nak hidup. Arwah ayah dulu tanam labu, terung, bendi, kacang panjang. Berbudi pada tanah lepas bersara.

Illya LeYa berkata...

Bendi sedap wooo.... Best nye kan dapat tanam sendiri