Sabtu, 17 Ogos 2024

Bendi segar dari kebun

Kacang belendir... itu kata mak sedara pokcik, bila pokcik bagi bendi @ kacang mior ni pada dia petang tadi... Memang lah belendir bendi ni, lagi muda lagi belendir.

Pokcik tak jual bendi sehingga ke kutipan hari ini.. pokcik tanam tak lah banyak mana pun.. nak jual serba salah, makan sendiri tak habis.. pokcik bagi pada jiran dan saudara mara berhampiran..

kegemaran pokcik.. celur atau rebus cicah budu dan goreng kicap.. fuuh, sedap


2 ulasan:

Suria Amanda berkata...

Rebus coach Sambal Belacan pun sodap pokcik

Aisya Ismail berkata...

Banyak juga hasilnya tu. Rebus sedap, atau goreng cili.