Kerik Tikus


Assalamualaikum... fuuh, lama benar pokcik tidak datang melawat disini. Terlampau sibuk atau sengaja buat-buat lupa. Sibuk tu memang sibuk dengan tugas hakiki dan juga aktiviti luar.

Dalam sibuk-sibuk tu, hobi pokcik yang satu ini tidak pernah pokcik tinggalkan... Berkebun.  Sekarang ni pokcik sedang mengusahakan tanaman jagung, tidaklah banyak tanamnya sampai berekar-ekar. Adalah dalam seribu pokok tu lebih kurangnya. Kalau tengok buah dipokok rasanya dalam dua minggu lagi baru boleh dikutip.

Yang jadi masalahnya sekarang, jagung-jagung pokcik ni telah di 'kerik' tikus. Malam pertama dia datang adalah dalam dua tiga pokok yang kena, malam-malam seterusnya pun sama. Pandai pula tikus ni pilih buah yang macam mana dia berkenan.. Semuanya buah gred A pada pengamatan pokcik. Langkah basminya, pokcik telah beli racun tikus jenama Fumakilla tu. Entah mati atau tidak tikus ni sebab dua tiga malam lepas tu tetap datang juga..


 

Tiada ulasan: