Langkau ke kandungan utama

Nasib baik tidak berkulat

Agak lama fix lens 50mm nikkor 1.8 terbiar, tadi tergerak dihati mengeledah beg kamera yang sentiasa pokcik sandang ke hulu ke hilir suatu masa dahulu.

D200 yang sentiasa pokcik guna suatu masa dulu pun rasanya dah agak lama terabai. Semenjak dua menjak ni pokcik agak kurang menggunakan DSLR. Pokcik lebih banyak guna henpon je.. senang.

D70 pokcik dah masuk muzium nak dibaiki rasanya dah tak berbaloi. Pokcik banyak guna D60.. Alhamdulillah fix lens ni tidak berkulat..

Tapi bila tengok hasil dari D200 guna lens 50mm macam cantik je..Semuanya nikon keluaran dahulu, waktu pokcik tengah menggila dengan kamera.. Sekarang ni tidak terkejar dengan siri yang keluar.. Semuanya perlukan duit yang banyak..

Dibawah ni beberapa keping gambar dari D200 lens 50mm.

 tanpa crop

  tanpa crop



  tanpa crop






tanpa crop

Ulasan

PeRdU cINta berkata…
Betul Pokcik..kepada yang meminati fotografi..selain masa..kos juga salah satu hal yang perlu diambil kira.
Warisan Petani berkata…
Cantik dan terang gambar2nya.
WP pun dah jarang2 guna kamera.
Pakai HP aje.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..