Khamis, 13 Julai 2017

Memenuhi Undangan Majlis Hari Raya


Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri belum sampai ke penghujungnya. Masih ramai lagi orang perseorangan, berkumpulan, syarikat korporat dan badan-badan kerajaan yang mengadakan majlis sambutan ini.

Tadi pokcik dan semua warga sekolah memenuhi undangan dari pihak pengurusan FELDA Tenang Besut ke Majlis Sambutan Hari Raya Warga FELDA.


Kalau hendak dibandingkan dengan sambutan tahun lalu, tahun ini sambutannya agak sederhana tetapi tetap meriah. Dipintu masuk dewan pelajar disambut dengan pemberian duit raya.



Waktu pokcik sampai tadi, lebih kurang pukul 11.30 pagi.. waktu puncak. orang ramai mula memenuhi dewan. Acara yang baru bermula jam 11.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang.


Geng-geng pokcik ni memang tidak boleh tengok pokcik, bila tengok je mesti panggil pokcik untuk bergambar. Dah memang tugas pokcik, terbawa-bawa kemana-mana sahaja. Maaflah kawan-kawan wooii.. pokcik tak bawa kamera hanya henpon sahaja tapi mereka tetap tak kisah janji rakam sahaja.

Tiada ulasan: