Langkau ke kandungan utama

Dah boleh keluar wad


Alhamdulillah, anak jantan pokcik dah dapat keluar dari hospital Permaisuri Nur Zahirah petang tadi..

Tengah hari tadi doktor telah mengesahkan anak pokcik bebas dari denggi.


Sementara menunggu urusan selesai... diuruskan oleh isteri pokcik. Pokcik berehat dipantai Batu Burok yang terletak dibelakang hospital ni. Lagi pun pokcik parking kereta kat sini.


Alhamdulillah atas doa saudara mara dan rakan taulan. Segala urusan dipermudahkan oleh Nya.

Ulasan

sitirohaida berkata…
alhamdulillah..moga sentiasa sihat hendaknya
Mek Zumbie berkata…
syukur la :) Semoga diberikan kesihatan baik berpanjangan
PeRdU cINta berkata…
Syukur...syukur...syukur..moga terus sihat.
Mrs Pip berkata…
syukur alhamdulillah.
Warisan Petani berkata…
Syukur Alhamdulillah.
Lebih 30 tahun dulu, pn is3 melahirkan anak pertama kat hospital ni.
Rindunye kat pantai batu buruk.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu