Projek Itik Telur



Salam Jumaat,..

Pagi-pagi dah turun bagi makan itik ayam kat reban. Itik pun dah tinggal tak banyak. Untuk tahun ni rasanya dah banyak ekor yang dijual kepada Kak Yah Kantin sekolah dan beberapa  rakan kenalan yang mengusahakan kedai makan. 

Yang tinggal kini untuk dijadikan baka pulak. Sementara dua tiga belas ekor lagi baru sebesar betis. Mungkin rezeki untuk tahun depan pula.

"Bang, ambil telur kat reban tu. Nak buat telur masin" laung isteri dari dapur.

"Sorrylah ye, telur kat reban ni tak boleh ambil.Biar dia menetas, jadi anak dan membiak. Kalau nak juga yang di celah rumpun pokok kantan tu boleh ambil" Jawab pokcik

"Ambillah yang mana pun" laung isteri lagi.

Atas rumah tu rasanya dah dua tiga bekas telur yang telah dijadikan sebagai telur masin atau telur jeruk. Kata isteri sebagai bekalan musim banjir nanti.

Berbalik pada cerita telur jeruk atau telur masin ni. Beberapa hari yang lepas pokcik jumpa seorang kawan yang mengusahakan projek ini. Sebenarnya bukan dia tapi isterinya sebab sahabat pokcik ni dia berkerja sebagai pegawai bank.

Jadi dia sarankan pokcik pelihara itik telur banyak-banyak. Seminggu sekali dia akan datang ambil tapi dengan syarat telur tu mesti 1000 biji dan dia akan bayar dengan harga RM0.50 bermakna dalam seminggu pokcik akan dapat RM500.00... banyak tu.

Mana pokcik nak cekau duit untuk modal permulaan dengan itik yang sebanyak itu. Sedangkan sekarang pokcik hanya jadikan sebagai hobi mengisi waktu petang dengan menternak dua tiga belas ekor je itik muscovy atau pedaging dan adalah dalam 30 ekor lebih ayam kampung tu.

Cadangan tu nampak menarik... nantilah pokcik nak fikir...

4 ulasan:

Mrs. A berkata...

In Sha Allah mula-mula hobi.
Mana tau sikit hari lagi usahawan itik telur.

Wak Lat berkata...

kalo semingu rm500, sebulan rm2k, setahun dah rm12k., banyak giler pokcik ! leh beli senjata baruu., huhu2

pokcikblogger berkata...

tu baru bab dapat duit... bab kluar duit utk sminggu. rega pellet makanan utk jenis 3102 dah RM37.50 dlm seminggu... utk sminggu skurangnya 6 beg RM225 .. sebulan RM900.00, setahun RM10,800.00... untung bersih RM1,200.00.. tenaga dan masa belum kira... tapi dapat tender ambil sisa makanan dari kantin sekolah gerenti jimat duit skit..

Fida Z Ein berkata...

Seronoknya dapat makan telur itik.... (Gambar yang cantik...)