Hari ni pokcik ambil cuti.kerana menemani anak jantan pokcik yang keempat mengambil keputusan UPSR.
Masa keputusan tu dibaca seorang demi seorang bukan main berdebar pokcik. Rasa-rasa anak pokcik lebih berdebar menantikan namanya disebut.
Seramai 12 orang pelajar SK Lubuk Kawah berjaya mendapat 5A... Walaupun anak pokcik hanya dapat 4A 1B pokcik tetap rasa bangga kerana dia telah berusaha sebaik mungkin hanya nasib tidak menyebelahinya. Yang B tu Bahasa Inggeris... memang dia lemah dan dia sendiri dah jangkakan.
Anak pokcik yang ini merasa sedikit kecewa kerana tidak mendapat keputusan sepeti abang-abangnya yang lain.
Kata pokcik dan pesan pada dia "Tak apalah cuba lagi nanti, masa masih panjang. Masih boleh sekolah lagi di tempat abang-abang kamu tu"
Ulasan