Langkau ke kandungan utama

Pendaftaran terbuka rumah mampu milik Negeri Terengganu



Berita baik untuk rakyat Negeri Terengganu yang memenuhi syarat kelayakan permohonan. Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat dibawah bolehlah memohon secara online DISINI

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik

- Warganegara MALAYSIA; keutamaan kepada rakyat Terengganu
  18 tahun sehingga 50 tahun sahaja layak memohon
- Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang
- Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah
- Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima anugerah / bantuan tanah kediaman    
  daripada pihak kerajaan
- Pendapatan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM3000 sebulan
- Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 
  sahaja layak memohon
- Anggota beruniform bertugas di luar kawasan (luar Terengganu) layak dipertimbangkan
- Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai -  
  pendapatan sendiri
- Pemohon berumur 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai   
  jaminan bayaran daripada ahli keluarga terdekat

- Kelulusan khas akan dipertimbangkan bagi penduduk yang terlibat dengan bencana 
  alam /kebakaran atau pengambilan balik tanah oleh pihak kerajaan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...