Jumaat, 27 November 2015

Ke lokasi kejadian

Pagi ini, pokcik bersama seorang rakan wartawan ke lokasi kejadian dimana dua kanak-kanak berusia sembilan tahun mati lemas kerana tergelincir di dalam perigi.

Kejadian berlaku pada petang semalam. Dimana tiga kanak-kanak ini bermain berhampiran dengan perigi yang digunakan untuk meracun rumput di kebun kelapa sawit kira-kira 200 meter dari rumah mangsa. 

Ketiga-ketiga kanak-kanak ini tergelincir jatuh dan salah seorang dari mereka dapat naik dan terus memaklumkan kepada jiran yang berdekatan. Salah seorang mangsa adalah OKU (lembam)

Salah seorang jiran berdekatan menunjukkan lokasi kejadian mati lemas

Hujan yang lebat pada malam tadi telah menenggelamkan kawasan perigi tersebut.Bagi mereka yag mempunyai anak-anak kecil, awasilah mereka jangan benarkan anak-anak anda bermain dikawasan parit dan tali air. Ingatan ini juga untuk diri pokcik sendiri.

Kawasan rumah pokcik ini dikelilingi alor dan parit. Tambahan sekarang ini musim tengkujuh telah melanda dengan hujan yang lebat dari sejak malam tadi hinggalah sekarang belum pun reda.

Kalau banjir, jalan ke rumah pokcik ni air banjirnya paras dada orang dewasa dan arusnya deras.


2 ulasan:

Mrs. A berkata...

Innalillahhiwainailaihirojiun...
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Di Seremban pun dah 2 hari hujan di awal pagi nak pergi kerja pun berkira-kira.
Kalau banjir memang kena sentisa berwaspadalahkan tak boleh leka biarkan anak-anak bermain air.

Fida Z Ein berkata...

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Musim-musim banjir ni memang kena beringat....semoga dijauhkan dari perkara yang merbahaya