Isnin, 30 November 2015

Hujan lebat, air ditempayan jangan dicurahkan



Gambar banjir tahun lepas


Dua tiga hari ni, hujan turun dengan lebatnya. Agak sikit merisaukan, bukannya apa.. bimbang dan trauma kini menjelma. Takutkan paras banjir lebih tinggi dari biasa. 

Kejadian menimpa daerah-daerah di Kelantan pada penghujung tahun lalu dan awal tahun ini membuatkan keseronokan menanti musim banjir/bah telah hilang. Kalau dahulu musim banjir adalah salah satu musim yang dinanti-nantikan.. waktu tu masih kanak-kanak dan awal remaja.

Rasanya tahun ini, kalau berlaku banjir parasnya mungkin lebih dari tahun-tahun yang lalu kerana banyak tempat-tempat disekitar kampung pokcik telah ditambun dengan tanah untuk pembangunan. Tempat-tempat lembah ditambun dengan tanah hingga tingginya melebihi dari kawasan-kawasan sekitarnya.

Hingga ada rakan-rakan yang  mengatakan sekiranya berlaku banjir, penduduk sekitar rumah pokcik akan berpindah tahun ini. Depan rumah pokcik alor, belakang rumah pun alor... walau apa pun pokcik berserah segalanya kepada kentetuan Illahi.. 
Rakit dan perahu kena siapkan..



3 ulasan:

Diya Hanun berkata...

Banjir sekarang bukan macam banjir yang dulu..
Bahaya skrg ni..semoga selamatlah mangsa2 yang tertimpa musibah ini

Azian Elias berkata...

salam kenal pokcik..

menakutkan gak tu ye.. tak pe kalau dah sediakan rakit.. cuma berhati2 lah ye.

Wak Lat berkata...

air ditempayan dibuang jangan., huhu2