Dulu-dulu. Masa pokcik gila-gila memancing jeti inilah yang menjadi tempat pokcik melepak bersama kawan-kawan yang seiring dan sejalan, sehati dan sejiwa. Pangkalan kawan-kawn pokcik menurunkan bot pancingan masing-masing untuk ke laut.
Jeti ini pernah menjadi pelabuhan yang sibuk dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa. Tempat aksi terakhir dalam Polis Evo dan rasa-rasanya ada satu dua drama yang pernah menjalani penggambaraan disini.
Kuala Sungai Keluang ini satu tarikan yang menarik untuk dikunjungi. Bukan sahaja pantainya yang cantik atau bukitnya yang mempunyai pemandangan yang menarik perhatian kunjungan pendaki siang dan malam.
Sememangnya Bukit Keluang satu destinasi pilihan yang cantik untuk dikunjungi.
1 ulasan:
gmbr first tu mmg ohsem, symmetrical dgn pulau as background., gudjob kipidap pokcik ;p
Catat Ulasan