Isnin, 24 November 2014

ulam-ulaman pembuka selera


Sekarang ni musim hujan, jadi selera makan ikut bertambah. Tambahan pula musim cuti sekolah.... anak-anak yang tinggal diasrama ada bersama.... yang belajar di POU Ipoh sana pun ada sama.... lengkaplah satu keluarga. Bila dah cukup berhimpun, makan ramai-ramai maka selera makin bertambah.

Tak perlu lauk bersolek.... cukup budu, ikan bakar tawar cicah budu, ikan goreng kunyit dan ulam-ulaman. Gerenti makan bertambah. Sebut pasal ulam-ulaman yang jadi feveret pokcik ni adalah pucuk serai kayu, bunga kunyit, temu lawak, pucuk putat dan banyak lagilah ... ulaman kampung ni... 

Tentang khasiat ulaman ni tak payah nak dipetikaikan lagi..... taip aje kat google.... macam-macam yang khasiat dapat ditemui. Jadi tak payahlah pokcik nak bercerita tentang khasiat... pokcik nintau makan aje... yang mana dapat tanam pokcik tanam... janji dapat jimat belanja dapur.

2 ulasan:

Ajim berkata...

sedak ohhh pokcik. lamo x makey budu nim. hohohoh Jom baca entri terbaru saya :)

Wafa cw berkata...

Ok aloohhh... sedaknyaaa... lamo dop jupo pucuk serai kayu ni... belah utara ni ada satu pucuk hampir sama dengan pucuk serai kayu... depa panggil cemumaq... hahahaha... :D
Sedap nampak kunyit muda tu... adus... MasyaAllah... :D