Rabu, 27 Ogos 2014

"Saya Takut" Contest - Miss Fatyn

Alahai aku ditag oleh Miss Fatyn untuk segmen beliau "Saya Takut"... Dalam bab-bab takut ni rasanya kalau bab takut hantu memang aku tak takut... sebabnya masa muda dulu hantu raya, hantu pari atau hantu galah.. rasa-rasa pernah jumpa...semua tu hanya sekadar untuk menguji perasaan.

Aku nak ceritalah sikitkan boleh ye... waktu remaja aku dan boleh dikatakan banyak waktu dihabiskan didalam hutan.. sehingga aku mengemari aktiviti jungle trekking dan daki gunung dan acapkali menjadi jurupandu arah bagi aktiviti di Gunung Tebu..

Sedikit sebanyak kemahiran alam hutan yang aku miliki itu menyebabkan aku dan rakan aku banyak menganjurkan aktiviti jungle trekking dan rentas sempadan hutan termasuklah aktiviti mendaki Gunung Tahan..

Aktiviti yang pertama aku lakukan bersama rakan ialah XPDC Jejak Mat Kilau dari Pasir Raja Hulu Terengganu ke Kampung Bantal, Hulu Tembeling, Pahang (Boleh Baca SINI) dan Aktiviti rentas sempadan kedua pula dan agak mencabar ialah Jejak Mat Kilau Siri 2 Laluan Sungai Terenggan Tasik Kenyir ke Hulu Tembeling Pahang (Baca SINI). Kesemua program ini melibatkan pelajar sekolah menengah...


Apabila ada rakan yang bertanya, tak takut ke bermain di dalam hutan... bukankah banyak binatang buas... Jawapan aku ialah aku tidak takut binatang buas atau hantu tapi apa yang amat menakutkan aku ialah binatang berbisa seperti lipan, tebuan, kala jengking dan tentu sekali ialah ular berbisa.. cuba bayangkan sekiranya kita melakukan jungle trekking yang melibatkan jarak perjalanan di dalam hutan yang memakan masa dua tiga empat hari... kita bermalam dan berkhemah.. bangun pagi-pagi terus menyarung kasut tanpa memeriksa apa yang ada didalam kasut itu.. tiba-tiba ular kapak sebesar jari kelingking yang berada di dalam tu terus mematuk kaki.... jarak untuk ke hospital memakan masa dua tiga hari, sedangkan bisa ular hanya mengambil masa paling lama pun tentulah dalam lingkungan lima belas minit... tiada apa yang mampu menolong kita lagikan..


Apa yang aku nak ceritakan ini ada kaitan dengan pokok pulai besar didalam gambar atas tu.. aku mulakan cerita. (Ini Cerita Benar)

Hari yang dijanjikan tiba... aku bersama adik (Berbaju biru) anak sedara (berbaju hitam) dua rakan sekampung telah bertolak dengan lima buah motorsikal untuk ke Lata Kerian untuk tujuan mandi manda dan menyelam mencari ikan. Selama 30 minit bermotorsikal melalui jalan ladang kelapa sawit adik aku terpandang sebatang pokok pulai besar yang menyerupai pokok di dalam filem Avatar (itu katanya) dan minta kami singgah bila pulang nanti untuk bergambar. Lebih kurang lima belas minit kemudian kami sampai disempadan hutan simpan dan terus memarkir motor untuk meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki selama empat puluh lima minit kemudian.


Perjalanan yang menyusuri hutan dan sungai dengan batu batan besar sungguh memenatkan tapi keindahan alam flora dan fauna serta suasana yang dingin cukup menyegarkan. Lebih kurang tiga jam berada disini akhirnya kami mengambil keputusan untuk bertolak pulang


Dalam perjalanan pulang kami semua singgahlah di pokok pulai besar sebagaimana yang telah dijanjikan untuk bergambar... selesai sesi bergambar aku terus mengelilingi pokok ini untuk memeriksa.. tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu berdesis adik aku dan rakan-rakan terus lari. Aku yang paling hampir cuba berundur dengan pantas tetapi kaki aku terpijak daun kelapa sawit yang licin lalu terus terjatuh... Allahhuakhbar aku tiada daya tiada upaya apabila tedung selar sebesar lengan tegak berdiri hanya beberapa kaki sahaja dengan kepala mengembang bersedia untuk menyerang aku....aku seperti seakan nyawa sudah berada dihujung tanduk...

Adik aku dan rakan-rakan datang cuba menghampiri untuk menolong tapi aku tidak membenarkan mereka bertindak kerana ianya akan mengeruhkan lagi suasana .. Apa yang penting waktu ini aku tidak harus panik.. Desisan dan jeliran ular cukup menakutkan hati... jantung aku waktu ini cukup laju berdenyut.. aku yang terduduk tidak dapat bergerak hanya mata bertentang.... aku tahu waktu ular mengembangkan kepala pandangannya kurang jelas tapi gerakkannya cukup pantas...

Sedikit panduan serta petua dan ayat-ayat yang aku pelajari dari arwah datuk tentang alam hutan aku cuba praktikkan. Dalam aku berdoa memohon keselamatan dari Allah azzawajala tiba-tiba tedung selar tadi menguncupkan kembang kepala tadi serta merendahkan badan terus lari dan memanjat batang pokok pulai. Betapa bersyukurnya aku kerana aku telah terhindar dari gerah yang mendatang... Hampir sepuluh minit selepas itu aku terus terduduk kerana tidak mampu berdiri kerana terkejut.

Barulah selepas itu aku ketahui yang pokok itu merupakan sarang ular tadi.

Nota..
Kesemua link itu merupakan blog lama  aku yang tidak dapat diakses...


3 ulasan:

Miss Fatyn berkata...

Alhamdulillah.. Allah akan menolong hambaNya kan uncle? Kalau fatyn,rasanya pengsan. Hehehe.

Thanks join uncle.

Nisa Ampang berkata...

Thank you...dah follow blog Nisa ke belum?

Unknown berkata...

terbaik......kena sekali cukuplah dah serik dah nk kesana... ^^