f/5 1/320 sec ISO 200 focal length 300mm Petang 12 Februari, macam biasa bila dah tiada aktiviti yang nak dilakukan pokcik ke sawah bendang di kampung. Berbekalkan Nikon D60 dengan lens Tamron 70-300mm... dengan tujuan memburu. Dua tiga hari dah pokcik cuba merakamkan gambar burung dari keluarga bangau ni. Betapa sukarnya hendak merakamkan gambar burung ni. Setiap kali memberhentikan motor untuk cuba merakam gambar burung ini akan terbang lari. Jadi dengan kemampuan yang ada pokcik rakamlah sedaya yang mampu. Rasanya perlu upgrade lensa lah kalau mahu merakamkan gambar burung. f/5.6 1/160 sec ISO 200 Focal Length 200mm Berbeza dengan burung, biawak lebih mudah dirakam gambarnya.. itu pun secara sembunyi dan gerak perlahan untuk menghampirinya. Tak dapat burung biawak pun jadilah.