Langkau ke kandungan utama

Catatan

Majlis Iftar di Madrasah Kubang Kucing

Semalam telah berlangsungnya majlis berbuka puasa bagi kariah madrasah Kubang Kucing... madrasah bagi kaum kerabat kami yang rata-ratanya adalah dari lingkungan saudara mara. Walaupun madrasah ini tidak besar hanya mampu menampung 5 saf kaum lelaki dan dibelah dua dengan kain pemidang ... bagi kaum perempuan pun hampir sama jumlah safnya. Bila tiba waktu sembahyang terawih madrasah ini cukup meriah.. dipenuhi oleh pelbagai usia di kejiranan ini..... dan bila tiba aidil fitri menyaksikan ada yang terpaksa sembahyang sunat aidil fitri sehingga di laman bawah. Madrasah ini....... terlalu banyak kenangan saya bersama arwah ayah. Kenangan sewaktu kenakalan di masa kanak-kanak.. ke alam remaja,.. dewasa dan kini menjadi seorang bapa.  Sabar bang tinggal beberapa minit lagi untuk berbuka Kaum perempuan berbuka di laman bawah

Rempeyek ku dah habis..

Tak sedap asyik berbasa basi saya.. rasa tak selesa lebih elok dan mesra kalau berbahasakan aku. Jadi mulai post ini istilah aku akan diganti dengan ganti nama ....AKU... rasa-rasa lebih mesra... Ceritanya sikit aje .. semalam isteri minta aku jual rempeyek dan segala jenis kerepek. Aku jawab kat isteri yang aku ni segan.. banyaklah punya alasan yang aku bagi.. Tak pernah dibuat oleh aku sebelum ini.....dari asyik kena bebel aku mintak aje dia sumbat ke dalam kereta.. Pada mulanya sememangnya cukup segan pada rakan-rakan seangkatan.... aku hanya bagi tunjuk pada tukang-tukang kebun sekolah... tup-tup adalah sorang cikgu perempuan yang tengok aku dengan segala jenis bekalan dan kelengkapan ni...terus dia mintak aku bawa pergi ke bilik guru .... dalam segan tak segan rupa-rupanya habis rempeyek dan kerepek yang aku bawa..  Jaga kau wahai isteri ku .. abang tengah bilang duit .. balik nanti abang minta upah....   Sumbangan dari mr google

Kalaulah bertuah.............

Sapa yang letak borang cabutan bertuah  ni atas meja saya.... masuk aje bilik dipejabat dah ada borang ni di atas meja.... Ingat-ingat kalu menang lagi best ni.. hadiah cabutan pun kira ok.... Hadiah Cabutan pertama 1x pakej UMRAH 15x Hadiah kedua Samsung Galaxy Grand 9x hadiah TV Led 32 Inci 27x hadiah keempat Tablet PC 527x hadiah penghargaan 1 Jug & 4 Mug Frutela Syarat-syarat dia.. kena kumpulkan 12 label Frutela bagi satu penyertaan (12 Label) nampak gayanya saya yang bukan pengemar air berkarbonat ni kena beli air ni kalu berminat untuk memenangi hadiah di atas. Manalah tau tiba-tiba bertuah dan dapat pakej umrah ... bertuah badan. Adalagi .. kena jawab soalan.. yuup soalannya cukup mudah.. Tempoh peraduan antara 1hb Julai hingga 30 Oktober 2013.   Terimakasihlah pada sapa-sapa yang tinggalkan borang ni atas meja saya.. harap-harap semoga saya ni tergolong dalam mereka-mereka yang bertuah...

Alfatihah buat sahabatku

Seawal pagi saya dimaklumkan tentang keadaan seorang sahabat yang semakin tenat di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.... dan lebih kurang pukul 10.45 pagi saya menerima mesej dari saudara terdekat arwah yang memaklumkan bahawa beliau telah meninggal dunia..... Selama 20 hari arwah dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital berkenaan kerana jangkitan kuman pada paru-paru..... selama itu juga beliau tidak sedarkan diri. Sepanjang pengetahuan saya sememangnya arwah amat sukar untuk dibawa ke hospital... pernah beberapa kali saya mengajak dan memujuk beliau untuk ke hospital kerajaan tetapi beliau menolak dan menyatakan beliau tidak apa-apa dan telah makan ubat dari klinik swasta. Melalui persahabatan bersamanya AZAMAN Bin MAMAT a.k.a Zeman........... Perbezaan usia kami, saya lebih tua setahun berbanding arwah. Kami membesar bersama, bermain bersama......Banyak kenangan yang kami harungi bersama... Suka dan duka, arwahlah tempat saya mencurahkan segala masalah disaat s...

Berbagi tugas

Bermula dari semalam  kedai kami telah dibuka pada waktu malam..... Walaupun kedai-kedai lain kiri kanan telah buka lebih awal tapi isteri saya ambil pendekatan... tunggu selepas tarikh gaji .. d an tugas saya hantar dan ambil isteri .. Pernah satu kali tu saya berada dikedai dan cuba untuk membuat jualan.. memang saya tak pandai.. Lagi-lagi sekarang ni musim sibuk tak kira siang malam..   Dirumah tugas saya masih banyak... menyiap kerepek pisang yang ditempah  oleh kawan kawan.... Kerepek pisang biasa dah siap ..  kerepek pisang manis akan menyusul... pada sapa-sapa yang nak tahu pasal ramuan kerepek pisang manis nanti saya akan pos kemudian dia punya ramuan. Yang pastinya besok dah amik cuti satu hari

Bila bertemu

Selesai majlis berbuka puasa di rumah emak saudara (kakak emak)...Kami semua sepupu-sepupu berkumpul dan berbual... maklumlah ada yang dah lama tak berjumpa. Walaupun berada di daerah yang sama tapi kesibukan yang menjarakkan kami.  Biasalah kalau orang dewasa dah usia melebihi 4o tahun berjumpa tak lain tak bukan kalau sembang mesti cerita tentang anak-anak dan kesihatan Salah seorang sepupu tu memang lama benar tak jumpa.. kalau biasanya dia acap datang dan singgah... tapi bila jumpa dia sekarang lain benar. Banyak benar perubahan fizikal, kurus cengkung dan pucat. Dari perbualan rupanya dia dah kena kencing manis.. katanya hari ini paras gula dalam darah dia 19.9.. hah kira tinggi tu.  Nampaknya masing-masing banyak bercerita pasal kesihatan.. ada yang darah dah naik.. gastrik kencing manis, kolesterol dan bab sakit dan lenguh urat tu dah biasa.... Dalam dok sembang tu katanya.......jaga-jaga kesihatan yang lebih penting jaga-jaga tentang pemakanan. Kalau ...

Majlis Iftar semalam

Cerita ni tak sempat nak post semalam.. balik dari majlis iftar disekolah.. terawih dan selepas tu berkejar ke tempat penjumlahan undi PRK DUN Kuala Besut di Dewan Majlis Daerah Besut Gong Kemuntong Jertih.. Bukannya jauh sangat dari rumah .. 5km je.. orang punyalah ramai.. balik lewat malam.. malas menyelubungi. Berbalik kepada majlis iftar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.. adalah sedikit nak kongsi gambar dimajlis tersebut... Dua keping gambar di atas dan bawah ... majlis khatam Quran Sumbangan kepada anak yatim Cenderahati kepada peserta khata Quran Dua orang ustaz yang mengendalikan majlis tersebut Yang ini pun datang menyibuk ... saya bersama isteri dan anak-anak. Hanya anak kedua saya yang tidak datang... berbuka bersama neneknya Jawatankuasa PIBG  Tuan Guru Besar bersama imam masjid anak-anak kecil .. sabar menunggu untuk berbuka bersama keluarga