Langkau ke kandungan utama

Hamper & Majlis ALOHA

Selepas waktu rehat tadi pokcik pergi ke meja kerja pokcik, terpandang satu hamper besar berada atas meja. Mungkin budak -budak pekerja kedai yang tempat pokcik tempah tu yang hantar. Siap balut dengan plastik dekorasi dan reben biru, memang nampak eksklusif. Hamper ni Pokcik tempah khas dari kedai yang memang buat tempahan hadiah dan hamper, saja nak bagi nampak kemas sikit untuk majlis malam nanti.

InsyaAllah malam ini kita akan berkumpul dalam Majlis Makan Malam Kelab Warga Kita bersama guru-guru dan AKP di Hotel Marriott Besut, dengan tema ALOHA. Sesekali kita berhibur santai, lepas penat urusan sekolah sepanjang tahun.

Hamper ni khusus untuk sesi tukar-tukar hadiah. Seronok sebenarnya bila semua bawa hadiah masing-masing, tak kisah besar ke kecil, tapi nilai kebersamaan tu yang buat rasa mahal. Guru, AKP—semua duduk semeja, berkongsi cerita, gelak ketawa tanpa memikirkan fail dan minit mesyuarat.

Pokcik harap siapa pun yang rezeki dapat hamper ni nanti, anggaplah sebagai tanda ingatan daripada Pokcik. Yang penting kita hadir dengan hati yang ringan, bawa pulang kenangan manis.

Semoga malam ni walaupun ringkas, tapi jadi moment yang kita kenang bersama.

ALOHA semua! 🌴✨

Ulasan

adnil linda berkata…
alhamdulillah...selamat makan malam pokcik dan kawan2... kadang2 tu sebagai reward setelah berpenat lelah sepanjang tahun
thisni3za berkata…
Wahhh..Besar hadiah ni..Semoga bermanfaat pd siapa yang dpt nnt..Amin
Ammi berkata…
selamat makan-makan di hotel
Puan Hazel berkata…
Untungnya siapa dapat hamper Pokcik ni. Mesti tema aloha la ni kan 😁
namakucella berkata…
Wah....siapakh yang bertuah itu...
Alohaaa!!!

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...