Langkau ke kandungan utama

Hujan Yang Tak Berhenti-Henti

Dari tengah hari Sabtu lagi hujan tidak henti-henti. Renyai-renyai, sekejap hujan sekejap tidak.. Aktiviti berkebun terhenti untuk seketika.

Pukul 7 pagi tadi, gelapnya bukan main. Suasana macam lewat senja, bukannya waktu orang nak bersiap pergi kerja. Hujan renyai-renyai turun lembut, tapi tak putus-putus. Bunyi dia kena atap pun macam irama yang ulang ayat sama, tak mahu berhenti.

Nak memandu ke sekolah tadi pun Pokcik terpaksa bawa kereta perlahan. Jalan licin, pandangan kabur. Lampu kereta dihadapan nampak sayup-sayup saja.

Dalam hati Pokcik cuma doa janganlah ada motor tiba-tiba keluar dari celah kabut hujan atau haiwan yang tiba tiba melintas jalan.

Sampai sekolah pun rasa lega.
Hujan masih turun… tapi bunyinya menenangkan. Bukan ribut, cuma hujan yang setia sejak semalam, menemani satu kampung tanpa jemu.

Kadang-kadang cuaca macam ni buat kita rasa lebih dekat dengan alam...... Sejuk

Ulasan

Puan Hazel berkata…
Sama juga di tempat Sy, hujan dari semalam (Ahad) hingga pagi Isnin ni masih belum berhenti. Semoga baik² saja utk semua
mama tisya berkata…
ujan lebat dr smlm ..arini masih ujan...area shah alam pg ni ada yg naik air banjir
Etuza berkata…
Teruskan berdoa agar hujan reda..semoga baik baik semua ya, selamatkan diri andai ada bajir..berwaspada ya
Suria Amanda berkata…
Seremban pun sama Pokcik...hujan sepanjang hari..nasib baik takde tempat yang banjir area SA...